awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 termasuk kanak-kanak 2 tahun maut kemalangan di Sibu

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
05/06/2023
09:34 MYT
5 termasuk kanak-kanak 2 tahun maut kemalangan di Sibu
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu Perodua Myvi dan Kia Sportage. - Gambar/ JBPM
SIBU: Lima orang termasuk kanak-kanak berusia dua tahun maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Kampung Tamin di sini, hari ini.
Antara yang disahkan meninggal dunia ialah Alicesha Bathrish Langi, 24; Alessandro Collin Steward, 2; Marcos Marican, 26; Marican@Langkan Legi, 61; serta seorang lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Henderi Ardimanshah berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan tersebut pada jam 10.09 pagi.
“Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau diatur gerak ke lokasi kejadian. Setiba di lokasi, kemalangan didapati melibatkan dua buah kereta iaitu Perodua Myvi dan Kia Sportage.
“Terdapat mangsa tersepit di bahagian hadapan kereta Perodua Myvi, operasi mengeluarkan mangsa telah dilaksanakan bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia. Kanak-kanak lelaki dalam kereta sama pula meninggal dunia di Klinik Selangau.
"Tiga lagi mangsa yang menaiki Perodua Myvi itu cedera dan dihantar ke Klinik Selangau untuk rawatan,” katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, katanya tiga daripada lima individu yang menaiki Kia Sportage turut disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi cedera.
Kesemua mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan tersebut.
“Pegawai sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian dan saya menunggu laporan penuh untuk kenyataan media nanti,” katanya.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Sibu
#Lima maut
#Srawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan