SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:


1. Pembocoran rahsia kerajaan dan konspirasi jenayah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mengadakan sidang media khas berhubung pembocoran rahsia kerajaan dan konspirasi jenayah di peringkat tertinggi di Putrajaya, pagi ini.

Ikutinya secara langsung di saluran 501 dan LIVE TV Astro AWANI jam 10 pagi ini.


2. Jawatankuasa aduan pantau salah laku 20 agensi penguatkuasaan

Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) bersetuju mengkaji keperluan penubuhan satu Jawatankuasa Aduan (JKA) bagi memantau aduan salah laku 20 agensi penguatkuasaan lain selain Polis Diraja Malaysia (PDRM).


3. Iran tawar wang AS$80 juta untuk kepala Trump

Iran menawarkan hadiah AS$80 juta (RM327 juta) kepada pihak yang berjaya mendapatkan kepala Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump susulan kematian Ketua Jeneral Iran, Qasem Soleimani.

Memetik laporan akhbar media, penyiar rasmi perarakan pengebumian Soleimani di Iran berkata 1 dolar AS akan disumbangkan setiap rakyat Iran dengan jumlah penduduk seramai 80 juta.

Sementara itu, angka kematian dalam insiden rempuh dan berpijak-pijak ketika upacara pengebumian Qasem Soleimani meningkat kepada 56 orang. Terdahulu, media melaporkan sekurang-kurangnya 35 maut dalam insiden itu.


4. Indonesia kerah kapal perang ke Natuna berdepan China

Indonesia mengerahkan empat pesawat perang ke kepulauan Natuna berhampiran kawasan pertikaian di Laut China Selatan selepas kapal milik Beijing enggan meninggalkan kawasan tersebut.

Difahamkan, bot nelayan China dilihat di 30 lokasi dan setiap daripadanya menempatkan sehingga dua bot. Tiga kapal peronda pantai Beijing turut kelihatan di kawasan itu.

Tindakan itu turut menyebabkan Kementerian Luar memanggil Duta Beijing di Jakarta untuk menyuarakan bantahan.


5. Piala EFL/Carabao

Manchester United 1 - 3 Manchester City