awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50 peratus kekosongan jawatan Hospital Pengajar UniSZA diisi

Bernama
Bernama
23/02/2022
04:15 MYT
50 peratus kekosongan jawatan Hospital Pengajar UniSZA diisi
Naib Canselor UniSZA (Menjalankan Fungsi) Prof Dr Fadzli Adam berkata, bakinya akan diisi dalam masa terdekat. - Bernama
KUALA TERENGGANU: Lebih 50 peratus daripada 951 kekosongan jawatan di Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) di Kuala Nerus sudah diisi setakat ini.
Naib Canselor UniSZA (Menjalankan Fungsi) Prof Dr Fadzli Adam berkata, bakinya akan diisi dalam masa terdekat selepas beberapa siri iklan pengambilan kakitangan dilakukan seperti yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Semua baki kekosongan jawatan ini akan selesai diisi selewat-lewatnya apabila hospital pengajar itu mula beroperasi nanti," katanya pada Majlis Ngeteh UniSZA dan Media yang dihadiri 75 pengamal media daripada pelbagai agensi di sini semalam.
Beliau berkata, hospital itu mungkin sedikit lewat beroperasi berbanding jangkaan asal pada April depan kerana beberapa prosedur mengambil masa untuk diselesaikan.
HPUniSZA yang dibangunkan dengan kos bernilai RM281 juta akan menjadi pusat perubatan dan pembelajaran bagi pelajar fakulti perubatan, sains kesihatan, farmasi serta lain-lain fakulti yang menawarkan bidang berkaitan.
Hospital enam tingkat yang dilengkapi 200 katil itu siap sepenuhnya pada 11 Disember lepas dan Jabatan Kerja Raya telah menyerahkannya kepada UniSZA pada awal bulan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kekosongan jawatan
#UniSZA
#Hospital
#JPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan