awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50 peratus kutipan saman AWAS dicadang untuk inisiatif keselamatan jalan raya

Bernama
Bernama
13/05/2025
12:55 MYT
50 peratus kutipan saman AWAS dicadang untuk inisiatif keselamatan jalan raya
Menteri Pengangkutan Anthony Loke (dua, kanan) ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Keselamatan & Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR) Bil.1/2025 di Dewan Taklimat, Bangunan Perdana Menteri hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Cadangan untuk mewujudkan satu mekanisme pendanaan bagi inisiatif keselamatan jalan raya dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR) hari ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata ia melibatkan permohonan kepada penyaluran 50 peratus kutipan saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk melaksanakan inisiatif berkenaan.
"Antara (inisiatif) ialah pencahayaan lebuh raya di kawasan hotspot kemalangan dan perkara ini akan dilaksanakan segera.
"Kita harap ada satu sumber hasil yang lebih berterusan supaya dapat mengambil langkah-langkah mitigasi untuk mengurangkan kadar risiko kemalangan jalan raya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa itu di sini hari ini.
Sementara itu, Loke berkata keselamatan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, terutamanya berhubung lintasan haiwan liar akan dipertingkatkan susulan kisah menyayat hati seekor ibu gajah setia menunggu anak yang mati akibat dilanggar lori di kawasan terbabit baru-baru ini.
"Antara aspek keselamatan yang kita akan lihat ialah pencahayaan di kawasan itu serta aspek lain, seperti menyediakan laluan untuk hidupan liar," katanya.
Loke berkata pemeliharaan keselamatan hidupan liar juga akan diberi keutamaan dalam projek-projek landasan kereta api.
"Perkara ini akan kita lihat dan tambah di laluan Gemas-Johor Bahru kerana pernah berlaku insiden gajah merentasi landasan kereta api. Kita ambil perhatian yang serius kerana bukan sahaja kita nak melindungi hidupan liar, tetapi juga melindungi nyawa manusia.
"Landasan kereta api kita mempunyai risiko yang tinggi kalau ada hidupan yang merentasi, kerana kalau kereta api bergerak dalam keadaan yang laju dan melanggar hidupan liar, terutamanya gajah, maka kesannya agak buruk," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kutipan saman
#AWAS
#inisiatif keselamatan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan