awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

500 Rela bantu PGA kawal sempadan negara

Bernama
Bernama
15/12/2022
08:08 MYT
500 Rela bantu PGA kawal sempadan negara
Saifuddin berkata lima sempadan itu melibatkan pintu masuk di Sabah, Sarawak, Selangor, Kelantan dan Perlis. - Gambar/ BERNAMA
PUTRAJAYA: Seramai 500 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan ditempatkan bagi membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) menjaga keselamatan di lima sempadan negara bermula tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata lima sempadan itu melibatkan pintu masuk di Sabah, Sarawak, Selangor, Kelantan dan Perlis, dan projek penempatan itu kini di peringkat rintis melibatkan 90 anggota sejak Nov 2020 dan pelaksanaan sehingga 500 anggota pula akan bermula tahun depan.
"Kalau ikut perancangan masa hadapan jabatan ini, Rela mahu diberi tugas jauh lebih kompleks, berat dan besar. Itu tekad dan kesungguhan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi di ibu pejabat Rela di sini hari ini.
Sementara itu, Saifuddin berkata seramai 188,303 pegawai dan anggota Rela telah diaturgerakkan sejak 15 Okt lepas hingga kini bagi penugasan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan rondaan di kawasan terkesan banjir di empat negeri.
"Secara purata, pada Disember sahaja, seramai 3,173 anggota Rela terlibat membuat rondaan serta menjaga PPS dan pemantauan susulan fenomena monsun timur laut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasukan Gerakan Am
#RELA
#Saifuddin Nasution Ismail
#Sempadan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan