awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru rugi RM325,000 terperdaya phone scam
KDN, JPN jamin proses MyPR, kewarganegaraan berlandaskan undang-undang
Angka korban tanah runtuh Bandung Barat meningkat kepada 16 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

500 Tabika Kemas Pintar Stream akan diperluaskan seluruh negara

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
02/07/2019
15:39 MYT
500 Tabika Kemas Pintar Stream akan diperluaskan seluruh negara
Rina beramah mesra bersama murid-murid tabika sempena Majlis Perasmian Tabika Kemas Pintar Stream (Robotik) di Tabika Kemas Keramat Nur hari ini. --fotoBERNAMA
Kerajaan menyasarkan penjenamaan semula 500 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara mengikut tema tertentu, menjelang akhir 2020 meliputi kawasan luar bandar, pedalaman dan kawasan orang asli.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun, berkata di bawah program Tabika Kemas Pintar Stream, Kemas mengambil inisiatif memperkenalkan 13 tema berbeza bagi setiap negeri, membabitkan kos RM50,000 bagi setiap tabika, termasuk kos baik pulih.
Katanya, pembaharuan itu dapat menggalakkan minat kanak-kanak Tabika Kemas melalui pembelajaran secara kolaboratif, kreatif dan pemikiran kritis.
Komunikasi ini, menurutnya, selaras dengan konteks pendidikan negara iaitu Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21).
”Kita akan kembangkan kepada daerah-daerah dan kita sasarkan 500 Tabika Kemas di Malaysia.
“Setiap projek kita buat pemantauan. Kita dapati apabila kita lakukan pembaharuan, kadar ponteng kalangan kanak-kanak tabika kurang dan kita akan tambah baik projek ini dan perbaiki mana-mana kelemahan," katanya.
Rina berkata demikian selepas melancarkan Tabika Kemas Pintar Stream bertemakan robotik di Tabika Kemas Keramat Nur Titiwangsa pada Selasa.
Siri pertama penjenamaan semula Tabika Kemas Chabau, Melaka, yang dirasmikan pada Oktober tahun lalu, bertemakan penerbangan, manakala Tabika Kemas Keramat, yang dirasmikan pada Selasa diperbaharui dengan bertemakan robotik.
Beberapa tema yang akan diperkenalkan di 12 buah negeri lain adalah sains perubatan, angkasa lepas, astronomi, minyak dan gas.
Usaha ini turut mendapat kerjasama pintar beberapa badan lain termasuk Universiti Sultan Idris (UPSI), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Pertubuhan Sekolah Belantara.
Topic Berkaitan
#Kemas
#kolaboratif
#kos baik pulih
#kreatif
#Menteri Pembangunan Luar Bandar
#Pendidikan Abad Ke 21
#penjenamaan semula
#ponteng
#Rina Harun
#TABIKA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan