awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5,000 rakyat Malaysia bakal dilatih, digaji di bawah perkongsian MDEC, NASSCOM

Bernama
Bernama
25/08/2024
20:00 MYT
5,000 rakyat Malaysia bakal dilatih, digaji di bawah perkongsian MDEC, NASSCOM
Gobind berkata lebih banyak syarikat akan terlibat dalam inisiatif itu yang dimulakan dengan k,erjasama MDEC dan Nasscom. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Sebanyak tujuh syarikat antarabangsa India di Malaysia komited untuk melatih dan menggaji 5,000 rakyat Malaysia dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan National Association of Software and Service Companies (Nasscom).
Skim latihan dan pengambilan pekerja oleh tujuh syarikat itu akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun bermula tahun ini.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, lebih banyak syarikat akan terlibat dalam inisiatif itu yang dimulakan dengan kerjasama MDEC dan Nasscom, menyaksikan pekerja tempatan dilatih untuk mendalami kemahiran dalam beberapa bidang utama termasuk bidang digital, kecerdasan buatan (AI) generatif (AI), keselamatan siber, pembangunan perisian dan teknologi Next Gen.
"Ketika kerajaan MADANI terus berusaha meningkatkan infrastruktur bertaraf dunia dan mewujudkan keyakinan digital bagi menarik pelabur, komponen penting untuk mempercepat perkara itu adalah dengan pengambilan pekerja berkemahiran.
"Melatih pekerja berkemahiran adalah penting dalam dunia digital serba pantas memandangkan teknologi berkembang setiap hari. Bermula dengan melatih golongan muda manakala pekerja sedia ada akan terus dilatih dan meningkatkan kemahiran mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Ahad.
Pada 21 Ogos, Gobind menyaksikan pertukaran dua MoU antara kedua-dua pihak di New Delhi, India.
Nasscom adalah persatuan perdagangan bukan kerajaan dan bertindak sebagai kumpulan advokasi industri teknologi India.
Diasaskan pada 1988, Nasscom beroperasi sebagai pertubuhan tidak berasaskan keuntungan, dan menjadi entiti penting kepada sektor teknologi India. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#MoU
#MDEC
#keselamatan siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan