KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata seramai 514 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Isnin.

Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media beliau hari ini: 

1) Seramai 514 individu ditahan ingkar SOP, 503 orang dikompaun manakala 11 lagi direman.

2) Pihak berkuasa melalui Op Benteng tangkap 41 orang PATI, rampas 2 buah kapal serta bot.

3) Sebanyak 157 buah bot atau kapal dikesan melalui Op Benteng di perairan negara melalui sembilan aktiviti penglihatan.

4) Op Benteng turut jalankan 462 Sekatan Jalan Raya (SJR).

5) Sebanyak 89 operasi sanitasi dilakukan di seluruh negara.