SEREMBAN: Seramai 53 penjawat awam di Negeri Sembilan yang masih belum menerima vaksin COVID-19 mempunyai masa hingga hujung bulan ini sebelum dikenakan tindakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata kerajaan negeri berharap golongan berkenaan dapat mengambil suntikan vaksin COVID-19 dengan segera demi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.
"Sebelum ini, seramai 64 penjawat awam di negeri ini yang dikenal pasti belum bersedia untuk menerima vaksin berkenaan bagaimanapun 11 daripada mereka telah menerima suntikan.
"Memang ada antara mereka yang masih berkeras untuk tidak mahu vaksin. Kita berharap mereka ini memikirkan semula untuk menerima vaksin walaupun masing-masing berpandangan mempunyai hak tersendiri," katanya pada sidang media mingguan pascamesyuarat Exco di Wisma Negeri semalam.
Media sebelum ini melaporkan JPA mewajibkan semua penjawat awam melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 sebelum 1 November ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri akan mengadakan pembentangan Belanjawan 2022 pada hujung bulan depan.
"Bajet yang kita rumuskan pada tahun depan adalah realisitik. Kerajaan akan melihat belanjawan tahun terdahulu untuk dirangkumkan dan dibuat pengharmonian supaya bajet yang dibentang kali ini lebih bermakna serta memberi satu rangsangan ekonomi kepada masyarakat," katanya.
Sementara itu susulan rentas negeri dibenarkan, Aminuddin menasihati pengunjung yang datang ke Negeri Sembilan terutamanya pada hujung minggu ini agar menjaga kebersihan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
AMINUDDIN: Kita harap mereka memikirkan semula untuk menerima vaksin walaupun masing-masing berpandangan mempunyai hak tersendiri. - Gambar fail
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
Suami akan tunai hasrat terakhir mendiang Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Penjawat awam, peniaga antara lima ditahan kerana mengugut
Polis berkata kesemua lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 43 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas dan semalam.
Cubaan timbulkan persepsi negatif, MCMC panggil pengendali MyNewsHub
MCMC berkata, pihaknya memandang serius penularan video tersebut, yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.
Kerajaan Pahang biaya kos rawatan penjawat awam negeri, pesara di SASMEC@IIUM
Kerajaan Pahang akan membiayai kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri itu di SASMEC@IIUM, Kuantan bermula bulan ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 April 2024.
Kerajaan komited cari jalan naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini - PM
Kerajaan akan mencari jalan dan berusaha menaikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.