awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

56.7 peratus populasi Johor sudah dapatkan dos penggalak, 1.8 peratus dos penggalak kedua

Bernama
Bernama
04/01/2023
06:16 MYT
56.7 peratus populasi Johor sudah dapatkan dos penggalak, 1.8 peratus dos penggalak kedua
Kementerian Kesihatan pada 29 Dis lepas menyarankan kepada masyarakat terutama barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi mendapatkan dos vaksin penggalak COVID-19 susulan perkembangan terkini penyakit itu di China ketika ini. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Sebanyak 56.7 peratus populasi keseluruhan di negeri ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 yang pertama, manakala 1.8 peratus mendapatkan dos penggalak kedua setakat semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Ling Tian Soon berkata sehingga semalam, sebanyak 87 peratus dari populasi keseluruhan Johor telah mendapat dos vaksin primer yang lengkap.
"Rakyat Johor khususnya mereka yang berisiko tinggi disaran mendapatkan vaksinasi bagi mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan serius dan kematian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihati penduduk Johor yang belum melengkapkan dos primer atau dos penggalak agar mendapatkan vaksin COVID-19 secara jumpa terus atau janji temu, di klinik kesihatan atau hospital yang disenaraikan.
Ling berkata pemberian vaksin COVID-19 secara jumpa terus atau janji temu boleh dilakukan di 12 hospital, atau 81 pusat pemberian vaksin (PPV) dan klinik kesihatan di setiap daerah di negeri ini bermula Isnin depan.
Kementerian Kesihatan (KKM) pada 29 Dis lepas menyarankan kepada masyarakat terutama barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi mendapatkan dos vaksin penggalak COVID-19 susulan perkembangan terkini penyakit itu di China ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran terbaharu di Facebook rasminya berkata walaupun ketika ini kes dalam negara masih terkawal dan menurun, tindakan siap siaga perlu diambil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#COVID-19
#vaksin
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan