TUMPAT: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan sebanyak 57 notis kompaun terhadap peniaga bazar Ramadan di negeri itu sepanjang minggu pertama Ramadan (3 hingga 9 April) membabitkan nilai kompaun RM6,400.
Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata antara kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 ialah peniaga tidak mendapat suntikan sebagai pengendali makanan, tidak mengikuti kursus pengendali makanan anjuran JKNK dan tidak mengenakan pakaian sesuai sebagai peniaga
"Sebanyak 818 gerai dan 1,692 pengendali makanan di seluruh Kelantan telah diperiksa.
"Selain itu, 30 sampel makanan diambil bagi analisis mikrobiologi dan 35 sampel bagi analisis kimia telah dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Kelantan," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Kempen Budaya 3-M (Mengamal, Memilih Dan Melaksana) Bazar Ramadan 2022 Peringkat Negeri dekat Wakaf Bharu, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata JKNK telah menubuhkan 54 pasukan pemantau terdiri daripada 194 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pembantu Kesihatan Awam bagi menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan kepada peniaga bazar Ramadan.
"Bagi tahun ini juga, sebanyak 65 bazar Ramadan telah berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri melibatkan 3,780 petak perniagaan.
"Oleh itu, dengan adanya Kempen Budaya 3-M Bazar Ramadan ini, ia dapat memupuk kesedaran kepada semua pengunjung dan peniaga bazar Ramadan mengenai kebersihan," katanya menambah setakat ini tiada sebarang kes keracunan makanan berlaku di Kelantan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022
Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin (kiri) menyampaikan risalah kepada peniaga semasa melancarkan Kempen Budaya 3-M di Bazar Ramadan Wakaf Bharu, Tumpat pada Ahad. - Foto Sinar Harian
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
KKM keluar 1,639 notis dalam Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan bazar Ramadan 2024
1,639 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM163,900 telah dikeluarkan dalam Operasi Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bazar Ramadan.
44 premis perniagaan dikendali warga asing di KL ditutup serta-merta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup serta-merta 44 premis yang dikendalikan warga asing di sekitar Jalan Kenanga, di ibu negara semalam.
57 notis kompaun terhadap peniaga bazar Ramadan di Kelantan - JKNK
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan sebanyak 57 notis kompaun terhadap peniaga bazar Ramadan di negeri itu sepanjang minggu pertama Ramadan.
DBKL keluar notis kompaun kepada peniaga
Antara kesalahan yang dikesan dalam operasi itu ialah tidak memiliki lesen premis dan iklan, tidak menggunakan produk biodegradasi dan cara penyimpanan makanan tidak sesuai.
80 individu, entiti terima notis kompaun RM420 juta
Semua nama tersenai perlu menjelaskan kompaun mereka dalam tempoh dua minggu dari notis dikeluarkan.
Kilang makanan di Sandakan diarah tutup angkara lipas
Antara objektif operasi adalah memastikan industri pengilangan makanan mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab dalam penghasilan makanan.
Semak, bayar kompaun trafik DBKL guna aplikasi 'DBKL Mobis'
Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store bagi pengguna Android dan App Store untuk pengguna peranti mudah alih IOS.
55 kes demam kepialu di KL dan Selangor
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kes masih dalam rawatan di Hospital Kuala Lumpur.