awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

58 anggota polis Selangor dikesan positif dadah dalam Ops Blue Devil

Bernama
Bernama
07/01/2020
14:15 MYT
58 anggota polis Selangor dikesan positif dadah dalam Ops Blue Devil
NOOR AZAM: Buat masa ini kita telah mendakwa lima anggota kami yang didapati positif dadah melalui Ops Blue Devil ini.
Polis Diraja Malaysia Selangor mengambil tindakan ke atas 58 anggotanya kerana dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah menerusi Ops Blue Devil yang dilaksanakan sejak Ogos lepas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata pihaknya kini sedang menunggu laporan lengkap mengenai perkara itu untuk mendakwa anggota terlibat di mahkamah.
"Buat masa ini kita telah mendakwa lima anggota kami yang didapati positif dadah melalui Ops Blue Devil ini," katanya dalam sidang media mengenai pencapaian Polis Selangor sepanjang 2019 dan Perancangan Polis Selangor bagi 2020 di sini, hari ini.
Noor Azam berkata sepanjang tahun lepas juga, seramai 62 anggota kontinjen itu dibuang kerja dan diturunkan pangkat mengikut Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, manakala 115 orang anggota di ambil tindakan di bawah Peraturan 36 Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 19,810 kes indeks jenayah dilaporkan sepanjang tahun lepas berbanding 21,338 kes pada 2018 dan 12,232 kes berjaya diselesaikan.
Katanya lagi, bagi mengekang jenayah perjudian, maksiat dan gangsterisme sepanjang tahun lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor menjalankan 4,560 serbuan menerusi Ops Dadu; 1,434 serbuan dalam Ops Noda dan 417 serbuan melalui Ops Cantas.
Seramai 439 suspek telah diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) sepanjang 2019, katanya.
Pada masa sama, Noor Azam memaklumkan bahawa tahun 2019 merekodkan kejayaan yang besar bagi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor apabila beberapa serbuan dijalankan membawa kepada penemuan jumlah dadah yang besar.
Katanya, antara kejayaan terbesar Jabatan Narkotik Selangor tahun lepas adalah penemuan dadah jenis kokain seberat 3.2 tan dan 500 kilogram (kg) ketamin dianggarkan bernilai RM676 juta di Shah Alam pada 19 Ogos yang membawa kepada penahanan 13 suspek.
"Selain itu, polis juga menemukan 52 kg dadah psikoaktif baharu (NPS) jenis "magic mushroom" bernilai RM2.2 Juta di Hulu Selangor pada 26 Nov lepas. Sembilan suspek telah ditahan dalam kes berkenaan.
"Polis juga melakukan serbuan ke atas empat makmal dadah di sekitar Selangor yang menghasilkan jumlah rampasan bernilai RM15.9 juta dengan tujuh suspek telah ditahan," katanya.
Bagi menghadapi cabaran tahun ini, Noor Azam berkata pihaknya merangka kaedah pencegahan yang lebih holistik bagi membanteras aktiviti jenayah terutama melibatkan jenayah sindiket.
Kata beliau, pada tahun ini, pihaknya akan memperkasakan skop siasatan POCA dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap sindiket jenayah terancang.
"Pemerkasaan skop siasatan itu akan melibatkan sindiket perjudian, maksiat, curi pasir dan sindiket penyeludupan hidupan liar yang dilindungi termasuklah sindiket penjualan organ haiwan terancam di pasaran gelap disyaki didalangi penjenayah antarabangsa dan jenayah rentas sempadan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Selangor
#Noor Azam Jamaludin
#PDRM
#polis
#polis positif dadah
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan