awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

586,700 lagi dos vaksin AstraZeneca akan tiba pada Julai

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
30/06/2021
09:14 MYT
586,700 lagi dos vaksin AstraZeneca akan tiba pada Julai
AstraZeneca berada dalam landasan tepat bagi menyokong usaha penghantaran jutaan bekalan vaksin melalui kemudahan COVAX dan derma orang ramai. - Gambar hiasan/AP
KUALA LUMPUR: Sejumlah 586,700 lagi dos vaksin keluaran AstraZeneca akan dihantar ke Malaysia pada awal Julai termasuk penghantaran tambahan untuk beberapa minggu akan datang.
Setakat ini, lebih 828,000 bekalan dos vaksin telah dihantar ke dalam negara menerusi inisiatif COVAX yang digerakkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Presiden AstraZeneca di Malaysia, Dr Sanjeev Panchal dalam satu kenyataan memaklumkan, syarikat pengeluar vaksin itu berada dalam landasan tepat bagi menyokong usaha penghantaran jutaan bekalan vaksin melalui kemudahan COVAX dan derma orang ramai.
“AstraZeneca kini berada pada landasan yang tepat untuk memberikan 6.4 juta dos antara pertengahan tahun ini sehingga awal tahun depan sebagai menyokong penghantaran berjuta-juta lagi melalui program COVAX dan sumbangan orang ramai.
“Jangkaan penghantaran awal itu menunjukkan usaha kerajaan, industri dan agensi lain dalam menyokong sektor kesihatan dan ekonomi.
“Kami akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan pihak lain sepanjang tempoh pandemik yang menyaksikan peningkatan kes, demi meletakkan Malaysia di landasan untuk kembali pulih secepat mungkin,” ujarnya.
Vaksin AstraZeneca ketika ini menjadi vaksin utama yang dibekalkan kemudahan COVAX bagi memastikan negara-negara miskin mendapat akses vaksin dengan kosnya ditanggung oleh derma antarabangsa.
COVAX adalah merupakan satu inisiatif global dengan usahasama antara Global Alliance for Vaccines and Immunization (Gavi), sebuah gabungan bagi Kesiapsiagaan Inovasi Epidemik (Cepi) dan WHO.
Sebagai rekod, lebih 30 juta dos vaksin AstraZeneca telah dihantar di seluruh ASEAN setakat ini, dengan lebih 600 juta suntikan diberikan dalam bekalan ke 168 negara.
Prestasi AstraZeneca juga menunjukkan tahap perlindungan yang tinggi terhadap varian delta dan alfa, termasuk 92 peratus berkesan terhadap kemasukan ke hospital akibat varian delta yang berasal dari India.
Topic Berkaitan
#WHO
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#ASEAN
#AstraZeneca
#COVAX
#suntikan
#vaksin
#GAVI
#Malaysia
#ekonomi
#pandemik
#Dr Sanjeev Panchal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan