awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 jam kerja: Kurang sesuai bagi agensi penguatkuasa - KPISM

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
05/09/2016
10:11 MYT
6 jam kerja: Kurang sesuai bagi agensi penguatkuasa - KPISM
AJEET SINGH: Pintu masuk negara serta pusat tahanan imigresen perlu diselenggara selama 24 jam. - Foto Twitter @AjeetSingh6055
Pengurangan jam bekerja dalam sehari kepada enam jam disifatkan tidak sesuai untuk dilaksanakan bagi sektor perkhidmatan awam yang berurusan dengan hal-hal keselamatan negara.
Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) berpendapat bahawa kadar upah yang sepatutnya ditingkatkan memandangkan mereka yang bertugas di sektor ini perlu berdepan situasi kerja yang mencabar.
Presiden KPISM Ajeet Singh Gurbax Singh berkata dengan sistem bekerja syif yang diamalkan pegawai penguatkuasa imigresen, tiada banyak perbezaan sekiranya masa bekerja dikurangkan.
"Jadi kami berpendapat, apa yang lebih penting untuk kita lihat adalah kadar upah.
"Ini kerana kadar upah yang tinggi akan memberangsangkan seseorang untuk meningkatkan produktiviti," kata Ajeet.
Tambah beliau, dengan gaji permulaan sebanyak RM1360 kini, rata-rata merasakan ia tidak sepadan dengan tugas sebagai penguatkuasa.
Oleh itu, Ajeet menyarankan supaya satu skim gaji baharu dirangka bukan sahaja bagi pegawai penguatkuasa imigresen tetapi petugas agensi penguatkuasa lain di Malaysia.
Namun, KPISM tidak menolak sepenuhnya cadangan pengurangan jam bekerja tetapi menyifatkan ia sebagai kurang sesuai dengan agensi penguatkuasa yang beroperasi 24 jam.
Setiausaha Agungnya, Mohd Fauzi Jamaluddin menjelaskan peningkatan kadar upah adalah lebih penting kerana jika bilangan jam bekerja dikurangkan sekalipun, operasi penguatkuasaan tetap dijalankan 24 jam.
"Walaupun kita bekerja enam jam, pintu masuk negara serta pusat tahanan imigresen perlu diselenggara selama 24 jam.
"Begitu juga dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti yang ditawarkan di Pusat Transformasi Bandar (UTC)," kata Fauzi.
Topic Berkaitan
#6 jam bekerja
#Ajeet Singh Gurbax Singh
#Presiden KPISM
#waktu bekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan