awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 jam kerja: Pertimbangkan pindaan Akta Kerja - MTUC

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
04/09/2016
09:59 MYT
6 jam kerja: Pertimbangkan pindaan Akta Kerja - MTUC
Kerajaan akan membuat kajian terperinci berhubung cadangan pelaksanaan enam jam tempoh bekerja dalam kalangan penjawat awam.
Kerajaan patut mempertimbangkan untuk meminda beberapa peruntukan dalam Akta Kerja sekiranya serius dalam usaha untuk mengurangkan bilangan jam bekerja dalam sehari.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N. Gopal Kishnam berkata, walau bagaimanapun, pihaknya menyambut baik respons positif daripada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
"Kami mengalu-alukan usaha kerajaan bagi membuat kajian lanjut berkenaan pelaksanaan perkara ini," kata Gopal.
Tan Sri Ali dilaporkan berkata kerajaan akan membuat kajian terperinci berhubung cadangan pelaksanaan enam jam tempoh bekerja dalam kalangan penjawat awam.
Malah katanya, beberapa cadangan turut diterima kerajaan termasuk untuk membenarkan beberapa skim dan gred tertentu bertugas dari rumah.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada laporan khas Astro AWANI pada 1 September.
Sementara itu, Gopal turut meminta Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot untuk tampil memberi respon berhubung perkara ini.
"Jika kita sudah dapat reaksi daripada sektor awam, melalui kenyataan KSN. Jadi, kami berharap Datuk Seri Richard juga boleh mempertimbangkan penilaian semula waktu bekerja dalam seminggu," kata Gopal.
Beliau juga diminta memberi reaksi kepada kerisauan yang dilahirkan sesetengah pihak mengenai kemungkinan pengurangan gaji sekiranya jam bekerja dikurangkan.
"Kami tidak pernah bersetuju supaya gaji dikurangkan. Apa yang kami cadangkan adalah untuk mengurangkan masa bekerja tanpa menjejaskan gaji.
"Jadi, ini akan mewujudkan situasi bekerja yang kondusif dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti dalam kalangan pekerja," kata Gopal.
Topic Berkaitan
#6 jam bekerja
#kerja enam jam
#kesatuan sekerja
#MTUC
#waktu bekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan