awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 lelaki ditahan bantu siasatan pukul warga asing

Bernama
Bernama
04/05/2021
10:50 MYT
6 lelaki ditahan bantu siasatan pukul warga asing
Semalam tular sebuah video dipercayai dirakam berdurasi selama seminit 21 saat memaparkan seorang warga asing dipukul sekumpulan lelaki di kaki lima sebuah kedai dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki disyaki terbabit dalam insiden memukul seorang lelaki warga asing di kawasan kaki lima Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang, yang tular di media sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kesemua warga tempatan berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun terbabit ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan.
Beliau berkata seorang daripadanya telah dijamin polis semalam memandangkan dia merupakan pemilik premis di tempat kejadian.
"Manakala lima yang lain dibawa ke Mahkamah Kajang dan dibenarkan reman selama sehari," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Polis kesan sekumpulan lelaki didakwa pukul warga asing
Semalam tular sebuah video dipercayai dirakam berdurasi selama seminit 21 saat memaparkan seorang warga asing dipukul sekumpulan lelaki di kaki lima sebuah kedai dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang.
Antara individu dipercayai terlibat insiden pukul terbabit ialah pengerusi sebuah persatuan dan beberapa pengikutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#viral
#pukul warga asing
#Kajang
#ocpd
#Mohd Zaid Hassan
#Cheras
#polis tahan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan