ALOR SETAR: Jabatan Perlindungan dan Hidupan Liar (Perhilitan) menahan enam pemburu haram dan merampas senjata api, busur serta anak panah, selain haiwan buruan termasuk kijang, rusa dan pelanduk.
Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim berkata, serbuan terhadap enam lelaki berusia 40 hingga 63 tahun itu dilakukan serentak pada jam 1 pagi Jumaat lalu di beberapa lokasi di Hutan Simpan Ulu Muda, Sik.
Beliau berkata, serbuan itu melibatkan 60 anggota daripada Perhilitan dan polis termasuk Komando 69 (VAT69) selain Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) selepas melakukan siasatan, intipan dan penyamaran selama sepuluh tahun.
Menurut Jamalun Nasir, kumpulan itu dipercayai menjadikan aktiviti pemburuan haram sebagai sumber pendapatan utama dengan menjalankan urus niaga hasil buruan melalui kumpulan ‘WhatsApp’ tertentu.
Katanya, antara jualan paling mahal ialah daging kijang dan tanduk rusa serta beberapa spesies burung terancam antaranya burung tiong mas, bayan serindit, ruak-ruak, merbah, murai batu dan common lora mencecah lebih RM2,000 seekor.
"Bukan mudah untuk orang biasa mendekati mereka. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh mendekati dan membeli hasil buruan mereka.
"Sebagai contoh, bahagian-bahagian rusa, kijang dan pelanduk ini... kalau kita orang biasa... nak dapatkan daging ini memang tak bolehlah. Saya juga dimaklumkan memang ada dijual secara 'online'," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Perhilitan Negeri Kedah di Alor Setar, pada Isnin.
Beliau berkata, siasatan mendapati, dalang kumpulan itu adalah lelaki berusia 63 tahun yang dipercayai aktif dalam kegiatan itu sejak lebih sepuluh tahun lalu.
Katanya, semua rampasan itu dianggarkan bernilai RM103,000.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 60(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 (Akta A1646), memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Katanya, mereka juga disiasat di bawah Seksyen 68(1)(a) Akta 716), yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih daripada RM500,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Jamalun Nasir berkata, tiga daripada enam suspek terbabit turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Aug 21 2023
Serbuan itu melibatkan 60 anggota daripada Perhilitan dan polis termasuk VAT69 selain NFCC selepas melakukan siasatan, intipan dan penyamaran selama sepuluh tahun. - Gambar/ Astro AWANI
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Acara yang berlangsung sekitar satu jam itu menyaksikan para peserta berarak sepanjang jalan di Bukit Bintang sebelum berpatah balik ke Pavilion, Kuala Lumpur.
Malaysia jadi Negara Contoh ‘Best Practice’ perkembangan AI
Pada sidang 'planery' bagi Sesi Peringkat Tinggi, mesyuarat tersebut turut menyifatkan Malaysia sebagai antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI.
Tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan kad diskaun khas Menu Rahmah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023
Seramai 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
PM Anwar saksikan pertukaran 6 MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
MoU itu antaranya melibatkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan Dewan Perdagangan dan Industri Uzbekistan (CCIU) sebagai usaha mengukuhkan dan membangunkan kerjasama promosi perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan serta pertukaran maklumat perdagangan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan China acara regu
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
'Terus gempur penjenayah hidupan liar, khazanah alam' - KPN
Jenayah hidupan liar dan khazanah alam negara akan terus menjadi tumpuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha banteras kegiatan haram itu.
6 pemburu haram ditahan hasil siasatan, penyamaran 10 tahun
Perhilitan menahan enam pemburu haram dan merampas senjata api, busur serta anak panah, selain haiwan buruan termasuk kijang, rusa dan pelanduk.
Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.
Tiga pemburu haram diberkas
Kesemua mereka yang merupakan warga tempatan ditahan kira-kira jam 7.30 petang.
Tiga anggota sindiket buru hidupan liar ditahan di Perak
Polis berjaya menahan tiga lelaki dipercayai memiliki dan menjual hidupan liar tanpa lesen dan pemilikan senjata api buatan sendiri dalam serbuan berasingan di Perak semalam dan kelmarin.
127 ditahan, RM31.86 juta nilai sitaan dalam Operasi Bersepadu Khazanah
Seramai 127 orang termasuk pemburu haram ditahan dan nilai sitaan berjumlah RM31.86 juta termasuk hidupan liar yang dirampas hasil 11 siri Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan sepanjang ta
Dua remaja antara lima pemburu haram ditahan
Lima pemburu haram termasuk dua remaja ditahan dalam operasi Op Bersepadu Khazanah (OBK), semalam.
20 pemburu Harimau Malaya ditahan
Pihaknya turut merampas hidupan liar terbabit berserta pelbagai anggota badan yang dipercayai akan dijual di pasaran gelap.
KeTSA kenal pasti tindakan strategik selamatkan Harimau Malaya
Inisiatif baharu yang lebih berimpak tinggi akan dilaksana termasuk rondaan penguatkuasaan dan pengawalan dalam kawasan habitat.
Pemburu badak sumbu kembali mengancam selepas Afrika Selatan longgar sekatan
Pada 2020, 394 badak sumbu menjadi mangsa, iaitu 30 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Jumlah kes itu juga yang terendah sejak 2011.