awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

61 klien AADK terima bantuan keperluan sambut Aidilfitri

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2024
15:04 MYT
61 klien AADK terima bantuan keperluan sambut Aidilfitri
Sumbangan barangan keperluan kepada klien AADK disampaikan sempena Program Kasih Ramadan AADK di Pejabat AADK Daareh Kuala Selangor - Foto AADK
KUALA SELANGOR: Seramai 61 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor menerima sumbangan bantuan barang keperluan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Program anjuran AADK Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) bertujuan meringankan beban mereka, sekali gus menyemarakkan suasana ramadan serta syawal kepada klien dalam komuniti AADK.
Menurut Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan, acara tersebut adalah program tahunan yang diusahakan AADK bagi membantu klien yang kurang bernasib baik.
“Program seperti ini diadakan sebagai usaha menyokong kepulihan klien AADK yang sedang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) dan ia berada di bawah komponen sokongan sosial.
“Melalui program sebegini, kita berupaya mengeratkan hubungan antara AADK dengan klien serta keluarga klien yang menjadi kumpulan sokongan utama dalam usaha kepulihan sepanjang hayat,” katanya di sini, pada Isnin.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada klien AADK sempena Program Kasih Ramadan AADK di Pejabat AADK Daareh Kuala Selangor.
Menerusi program itu, pelbagai aktiviti di bawah komponen psikospiritual diadakan bersama klien dan keluarganya seperti Khatam al-Quran, ceramah ramadan, solat fardu dan solat sunat tarawih berjemaah.
Dalam pada itu, Siti Mariam berkata, pelaksanaan program itu juga untuk meningkatkan kefahaman klien tentang aspek psikospiritual sebagai terapi kepada asas kepulihan.
“Dengan adanya program ini, kita percaya dapat meningkatkan kecerdasan emosi, kognitif dan tingkahlaku yang sering terganggu akibat masalah penagihan,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#AADK
#asas kepulihan
#masalah penagihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan