AYER HITAM: Seramai 61 pelajar Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam terpaksa dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan daerah selepas terhidu asid sulfurik yang tumpah.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, kejadian dipercayai berlaku jam 12 tengahari, ketika semua pelajar berkenaan sedang belajar di dalam kelas.
Menurut Rodzi, kesemua mangsa terdiri daripada sembilan lelaki dan 52 pelajar perempuan berusia 14 hingga 17 tahun.
Katanya, kejadian berlaku selepas tong berisi asid sulfurik tersebut pecah ketika kerja pemunggahan dilakukan, menyebabkan cecairnya tumpah menyebabkan pencemaran bau.
Jelasnya, bau itu kemudiannya memasuki ruang kelas di mana murid-murid tersebut sedang belajar.
Rodzi berkata, bagaimanapun tindakan pantas pihak sekolah menghubungi pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya menyelamatkan semua mangsa.
Katanya, 41 pelajar di hantar ke Hospital Jitra (HJ), enam pelajar di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar manakala empat pelajar di kejarkan ke Klinik Kesihatan Ayer Hitam untuk rawatan lanjut berikutan mengalami simptom pedih mata, sakit tekak dan loya.
Kesemua mereka dilaporkan stabil dan telah dibenarkan pulang petang tadi selepas menerima rawatan.
Sementara itu, Pengarah JBPM Kedah, Sayani Saidon memaklumkan hasil siasatan mendapati tong asid sulfurik itu adalah untuk kegunaan pembelajaran di makmal sains sekolah terbabit.
Katanya, pasukan bomba berjaya mengawal dan memindahkan asid sulfurik terbabit daripada merebak.
Beliau bersyukur kerana tidak berlaku letupan dan kesan radiasi pencemaran yang serius.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Apr 12 2022
Seramai 61 pelajar Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam terpaksa dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan daerah selepas terhidu asid sulfurik yang tumpah. - Foto Astro AWANI
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Tumpuan Rabu - 08 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak
RUU itu diluluskan selepas tujuh Ahli DUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Umat Islam perlu punyai satu iltizam, berganding pertahan agama Islam - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menitahkan semua umat Islam supaya mempunyai satu iltizam untuk bersama-sama merapatkan saf dan bergandingan mempertahankan agama.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan melalui penggubalan akta
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.
Malaysia disasar sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal - Howard
Malaysia disasarkan sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara kumpulan G7, kata Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee.
Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul
Lebih 98 peratus daripada keseluruhan projek pembuatan yang diluluskan pada 2023, telah dilaksanakan atau dalam perancangan setakat 5 Mei, 2024.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Terhidu asid sulfurik: Sistem kesihatan tidak terjejas dalam kuantiti kecil
Asid sulfurik mudah meruap, lantas boleh memberikan kesan yang lebih teruk jika dibiarkan serta ditinggalkan terlalu lama.
61 pelajar sekolah agama dikejar ke hospital selepas terhidu asid sulfurik
Seramai 61 pelajar Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam terpaksa dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan daerah selepas terhidu asid sulfurik yang tumpah.
Lori bawa asid sulfurik terbalik
Sebuah lori membawa tujuh tong berisi asid sulfurik terbalik dalam kejadian di Simpang Tiga Pondok Labu, Jalan Sungai Lembu, Bukit Mertajam pada Isnin.