awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

63 jemaah umrah Malaysia terkandas di Arab Saudi

Bernama
Bernama
07/10/2022
16:00 MYT
63 jemaah umrah Malaysia terkandas di Arab Saudi
Kumpulan itu hanya berada di Madinah sehingga hari ini dan tidak pernah dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seramai 63 orang jemaah umrah warganegara Malaysia terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak terkandas di Arab Saudi sejak Jun 2022.
"Kesemua jemaah telah dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan ibadah umrah pada Mac lepas," kata kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Bagaimanapun, katanya, mereka hanya berada di Madinah sehingga hari ini dan tidak pernah dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah.
"Susulan daripada pelanggaran undang-undang tempatan, ketua kumpulan tarekat berkenaan telah diusir keluar oleh Kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos 2022.
"Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membantu urusan penghantaran pulang para jemaah yang sedang terkandas ini dengan usaha dan kerjasama antara agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama) bersama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan KonsulatJeneral Malaysia di Jeddah akan menyelaraskan urusan penghantaran pulang parajemaah berkenaan ke tanah air dalam masa terdekat.
"Kementerian Luar Negeri sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan dankebajikan Keluarga Malaysia yang berada di luar negara sentiasa terpelihara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jemaah tarekat
#rakyat Malaysia
#umrah
#rakyat Malaysia terkandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan