Seramai 65 warga asing ditahan dalam satu operasi bersepadu di tiga lokasi berasingan antaranya Kampung Forest dan Pusat Bandar Sandakan pada pagi Khamis.

Dalam operasi bermula pukul 3 pagi itu, kesemua warga asing yang ditahan berumur antara 17 hingga 65 tahun.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asistsn Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, daripada jumlah itu, 43 yang ditahan merupakan warga asing lelaki manakala selebihnya perempuan.

"Mereka ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen yang sah semasa diperiksa.

"Semua mereka diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untul tapisan lanjut," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Daerah Sandakan hari ini.

Menurut beliau, operasi yang berakhir pukul 7 pagi itu dijalankan bagi membasmi pendatang asing di daerah ini.

"Selain itu, ia untuk mengekang gejalaa dadah dan untuk merobohkan penempatan haram," katanya.

Mohd Azhar berkata, operasi bersepadu itu juga akan diteruskan dari semasa ke semasa.