awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

68 saman, 12 motosikal disita dalam Op Motosikal

Azee Shafy
Azee Shafy
03/04/2023
03:30 MYT
68 saman, 12 motosikal disita dalam Op Motosikal
Antara motosikal disita kerana mengubah suai struktur kenderaan (ekzos). - Foto PDRM
TEMERLOH: Sebanyak 68 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, manakala 12 motosikal disita kerana mengubah suai struktur kenderaan (ekzos) dalam Op Motosikal yang dijalankan di Kuala Krau, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff dalam satu kenyataan memaklumkan, Op Motosikal itu dijalankan berikutan aduan orang awam terdapat aktiviti sekumpulan remaja membuat bising pada waktu malam di kawasan terbabit.
"Hasil daripada pemantauan, tindakan Op Motosikal telah diambil dan sekumpulan remaja terdiri daripada penunggang dan pembongceng ditahan.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 12 motosikal yang disita akan diambil tindakan mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan ubahsuai pelbagai kompenan kenderaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, operasi telah diadakan pada Ahad bermula pukul 1.30 pagi di kawasan Kuala Krau.
Antara motosikal disita kerana mengubah suai struktur kenderaan (ekzos). - Foto PDRM
Antara motosikal disita kerana mengubah suai struktur kenderaan (ekzos). - Foto PDRM
Tambahnya, operasi itu akan dijalankan secara berterusan, dan pihak polis juga telah mengenalpasti beberapa lagi kawasan yang menjadi tumpuan penunggang motosikal pada waktu malam.
"Orang ramai, terutamanya ibu bapa dinasihatkan supaya memantau aktiviti anak-anak supaya tidak terlibat dalam sebarang salah laku jenayah dan samseng jalan," ujar Mohd Azhar.
Topic Berkaitan
#motosikal
#penunggang motosikal
#saman
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan