KUALA LUMPUR:Sebanyak tujuh kluster baharu telah dikenal pasti hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, Kuala Lumpur serta Johor masing-masing merekodkan dua kluster baharu, manakala Selangor, Negeri Sembilan dan Perak pula masing-masing merekodkan satu kluster baharu.
"Sehingga 14 Januari 2021, terdapat sebanyak 623 kluster telah dilaporkan termasuk tujuh kluster baharu pada hari ini.
"Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 347 kluster, termasuk satu kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Huma di Kelantan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 276 kluster," katanya dalam kenyataan media pada Khamis.
Daripada jumlah itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 78 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini antaranya Kluster Beringin sebanyak 177 kes serta Kluster Sungai Putus dan Kluster Pasai yang masing-masing melaporkan 157 kes.
Berikut perincian kluster baharu yang dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini:
KLUSTER JALAN SELAYANG
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasar raya.
- Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Selayang Baru.
- Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 511 individu telah disaring, dengan 84 kes telah dikesan positif COVID-19.
KLUSTER TROPIKA
- Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Januari 2021 hasil saringan tahanan dan kontak rapat di sebuah pusat tahanan.
- Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kes-kes yang dilaporkan dalam kluster ini iaitu di Jalan Setia Tropika, Johor Bahru.
- Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 116 individu telah disaring, dengan 55 kes telah dikesan positif COVID-19.
KLUSTER PASIR BARAT
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Disember 2020 hasil saringan bersasar yang dijalankan secara berperingkat di sebuah tapak projek di Pasir Gudang.
- Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 781 individu telah disaring, dengan 92 kes telah dikesan positif COVID-19.
KLUSTER TAPAK BINA DUTAMAS
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Kuala Lumpur.
- Dua kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-139,748 dan kes ke-139,749) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala.
- Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Dutamas Raya, Segambut, Kuala Lumpur.
- Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, dengan 18 kes telah dikesan positif COVID-19.
KLUSTER JALAN PAHANG
- Kluster ini melibatkan daerah Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai dan Cheras di Kuala Lumpur.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-130,168) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Hospital Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Pahang.
- Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, dengan enam kes telah dikesan positif COVID-19.
KLUSTER JALAN RANTAU-SILIAU
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Port Dickson di Negeri Sembilan.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang.
- Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes-kes yang dikesan positif iaitu di Jalan Rantau–Siliau, Bandar Sri Sendayan, Siliau, Negeri Sembilan.
- Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 508 individu telah disaring, dengan 96 kes telah dikesan positif COVID-19.
KLUSTER INTAN MAS
- Kluster ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-130,767) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang beralamat di Taman Intan Emas, Teluk Intan, Perak.
- Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 55 individu telah disaring, dengan 15 kes telah dikesan positif COVID-19.
Fareez Azman
Thu Jan 14 2021

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 78 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini antaranya Kluster Beringin. - Gambar fail

Rupa-rupanya Gunung Jerai sumber batu permata asli
Gunung Jerai menyimpan batu-batu permata yang kini sedang giat diterokai oleh penduduk tempatan.

Hubungan UMNO - Bersatu punca keretakan parti - Penganalisis
Hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi antara faktor keretakan antara pemimpin parti Melayu terbesar negara, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.

Penunjuk perasaan di Tunisia tuntut kebebasan mereka yang ditahan
Kumpulan hak asasi manusia memaklumkan, kira-kira 1,000 orang ditahan manakala puluhan yang lain dipenjara atas tuduhan melakukan vandalisme dan mencuri.

Protes Rusia: Polis guna kekerasan lerai demonstrasi
Sekitar 40,000 penunjuk perasaan tidak menghiraukan amaran cuaca sejuk dan polis untuk menuntut pembebasan pengkritik Kremlin dan Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny.

Penderaan seksual: Emmanuel Macron ikrar ketatkan undang-undang
Macron memberi jaminan itu selepas kerajaannya berikrar untuk memperketatkan undang-undang rogol terhadap kanak-kanak.

Perlumbaan kuasa di sebalik krisis kesihatan dunia
Ternyata, impian dan cita-cita sebilangan umat manusia di muka bumi ini tidak mampu melawan ketentuan Yang Maha Esa.

Gimnasium luncur ais negara China mula menghasilkan ais
Menerusi teknologi itu ia berupaya menghasilkan lorong luncur ais untuk kegunaan perlumbaan rasmi.

Politik | UMNO Dirombak, ubah dimensi politik negara?
Semalam, Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Abdul Rahman Ibrahim meminta supaya kemelut politik di dalam UMNO diselesaikan dengan penuh bijaksana. Malah, beliau turut mencadangkan supaya UMNO dirombak semula termasuk jawatan Presidennya selain mengetengahkan pemimpin yang bukan hanya diterima oleh ahli tetapi juga rakyat. Untuk membincangkan lebih lanjut isu ini, bersedia di talian melalui Skype, Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Universiti Malaya, UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakob.

Stesen RTS Singapura 10 kali lebih besar berbanding stesen MRT biasa - Menteri Pengangkutan
Stesen itu akan merangkumi bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang membolehkan pelancong diperiksa dan disahkan oleh CIQ Singapura dan Malaysia pada satu hentian.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [24 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [24 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927854911611447497744/1886976_9774204461611447865026_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [24 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Nursyazwani Saiful Sham.

Lapan daripada 11 kluster baharu babitkan kluster tempat kerja
Setakat semalam (22 Januari), sejumlah 350 kluster baharu telah dilaporkan, dengan 225 kluster (64.3 peratus) merupakan kluster berkaitan tempat kerja.

COVID-19: Kes baharu dan sembuh paling tinggi, ini lima tumpuan hari ini
Bagaimanapun, perkembangan positif dilaporkan hari ini selepas kes sembuh melepasi angka kes baharu iaitu sebanyak 4,313 kes.

COVID-19: 4,275 jangkitan baharu, paling tinggi direkodkan setakat ini
Malaysia mencatat angka harian tertinggi dengan 4,275 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan mencecah 180,455 kes.

Malaysia catat kematian baharu tertinggi jadi tumpuan kenyataan media KKM
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 22 Januari.

COVID-19: 18 kematian, tertinggi dilaporkan, 3,631 kes baharu
Malaysia merekodkan 18 kes kematian baharu iaitu tertinggi yang pernah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 660 korban.

COVID-19: Ujian saringan RTK-Ag harus dikendalikan operator terlatih
Amalan terbaik adalah, ia dilakukan dalam tempoh masa lima hingga tujuh hari selepas simptom dikenal pasti.

Tun Mahathir kongsi pengalaman anggota keluarga dijangkiti COVID-19
Dr Mahathir turut mendedahkan salah seorang daripada ahli keluarganya didapati positif COVID-19.

Berita tempatan pilihan sepanjang Khamis
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pusat Penilaian COVID-19 selaras hospital awam, swasta dijangka mula operasi minggu depan
Pusat penilaian COVID-19 dijangka memulakan operasi minggu depan untuk menyelaras serta mengintegrasi hospital awam dan swasta dalam menguruskan kes pandemik berbahaya itu di negara ini.

COVID-19: 12 kes kematian dan 3,170 kes baharu - Dr Noor Hisham
3,170 kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 172,549.