awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7 makmal laksana penjujukan genom, tiada varian Omicron dikesan - Dr Adham

Eton Khir
Eton Khir
01/12/2021
13:06 MYT
7 makmal laksana penjujukan genom, tiada varian Omicron dikesan - Dr Adham
Dr Adham berkata pengesahan itu diperoleh melalui kajian penjujukan genom yang dilakukan oleh tujuh makmal termasuk Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI). - Gambar/ Cradle Fund
KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan tiada varian Omicron COVID-19 dikesan di Malaysia sehingga kini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pengesahan itu diperoleh melalui kajian penjujukan genom yang dilakukan oleh tujuh makmal termasuk Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI).
"Sehingga semalam, sebanyak 5,651 sampel telah dianalisis dan 3,885 sampel dikenal pasti sebagai varian jenis Delta manakala dua sebagai subvarian AY4.2 yang dikesan bulan lepas.
"Sehingga kini, tiada varian Omicron COVID-19 dikesan di negara ini," katanya selepas menghadiri Hari Graduasi MYHackathon 2020 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.
Beliau berkata MOSTI akan meneruskan kajian penjujukan genom untuk memantau kemasukan varian baharu ke dalam negara.
Dr Adham turut berkata MGVI akan melaksanakan kajian penjujukan genom terhadap individu yang didapati positif COVID-19 di pintu sempadan negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#varian baharu
#Omicron
#MOSTI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan