SEOUL: Tujuh pembuat kereta tempatan dan asing di Korea Selatan secara sukarela menarik balik 326,723 kenderaan ekoran kecacatan pembuatan, menurut Kementerian Pengangkutan pada Rabu, lapor Xinhua.
Hyundai Motor akan memanggil semula 273,643 daripada lima model kenderaannya, termasuk G80, untuk membaiki keroskan komponen tali pinggang tempat duduk hadapan serta 2,438 kenderaan GV60 kerana ralat unit penghantaran kuasa, menurut Kementerian Darat, Infrastruktur dan Pengangkutan.
Kia Motors yang bergabung dengan Hyundai akan menarik balik 36,171 unit Bongo-3 kerana kerosakan reka bentuk pemanasnya.
Mercedes-Benz Korea bakal menarik balik 9,178 unit daripada 10 model, termasuk S 580 4MATIC kerana ralat perisian dalam sistem kawalan kestabilannya, manakala GM Korea akan memanggil balik 2,294 unit Equinox disebabkan kerusi perlindungan kanak-kanaknya tidak mematuhi piawaian keselamatan.
FMK yang mengimport dan menjual kenderaan Ferrari dan Maserati menarik balik 65 unit dua model, termasuk Ferraris 296 GTB, kerana kerosakan pada paip sambungan tangki bahan api.
Pemilik kenderaan boleh membawa kenderaan masing-masing ke pusat pembaikan dan servis bagi menggantikan bahagian yang rosak secara percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023
Hyundai Motor akan memanggil semula 273,643 daripada lima model kenderaannya, termasuk G80, untuk membaiki keroskan komponen tali pinggang tempat duduk hadapan. - Gambar fail/ Reuters
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Proton sasar jual lebih 1,000 unit kenderaan di Brunei pada 2024
Proton menyasarkan untuk melepasi paras 1,000 unit kenderaan yang dijual di Brunei menjelang akhir tahun ini, dengan minat yang berterusan terhadap Proton X50 dan model-model lain.
7 pembuat kereta di Korea Selatan panggil balik 326,723 kenderaan
Tujuh pembuat kereta tempatan dan asing di Korea Selatan secara sukarela menarik balik 326,723 kenderaan ekoran kecacatan pembuatan, menurut Kementerian Pengangkutan pada Rabu.
EU denda empat pengeluar kereta Jerman
Kesatuan Eropah (EU) mendenda empat pengeluar kereta utama Jerman dengan jumlah 875 juta Euro.