PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook melakukan sidang media khas pada Isnin susulan kenyataan Datuk Seri Wee Ka Siong,  yang mendakwa tiket penerbangan ke Tawau melambung tinggi.

Berikut adalah senarai senarai tujuh fakta menarik mengenai kenyataan Anthony Loke  mengenai aplikasi tiket penerbangan yang digunakan oleh Ka Siong. 

1. Menteri pengangkutan, Anthony Loke mengkritik Ka Siong kerana hanya memeriksa harga tiket kapal terbang menggunakan satu aplikasi, iaitu AirAsia, walaupun menggunakan tiga telefon bimbit.

2. Anthony Loke berpendapat bahawa sebagai bekas Menteri Pengangkutan, Ka Siong sepatutnya tahu setiap syarikat penerbangan ada aplikasi masing-masing dan harus mendidik rakyat untuk membandingkan pelbagai aplikasi, bukan hanya melihat kepada satu aplikasi semata-mata.

3. Bekas Menteri Pengangkutan itu sepatutnya tahu bahawa Malaysia Airlines (MAS) ada aplikasi sendiri dan tidak sepatutnya menggunakan aplikasi AirAsia untuk memeriksa harga tiket MAS.

4. Anthony Loke juga menegaskan bahawa orang ramai mungkin tidak faham bagaimana harga tiket ditentukan oleh syarikat penerbangan atau apakah mekanisme syarikat untuk menentukan harga tersebut namun bekas Menteri semestinya tahu.

5. MAS telah menjual ribuan tiket untuk musim perayaan dengan 78 peratus daripadanya dijual pada harga RM209 ke RM841 untuk kelas ekonomi.

6. AirAsia menawarkan harga tiket tetap berharga RM199 ke Sarawak dan RM249 ke Sabah bagi memenuhi permintaan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

7. Anthony Loke mengakui bahawa walaupun sudah ditambah kapasiti penerbangan, jumlahnya masih belum mencukupi namun kerajaan akan sentiasa berusaha meningkatkan kapasiti supaya harga purata dapat dikurangkan.