Sebanyak 70 kes Acute Gastroenteritis (AGE) dilaporkan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak sehingga semalam, selepas penghidapnya mengunjungi sebuah resort di Bukit Merah, Perak pada 24 September lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 26 kes dilaporkan di Kedah, 30 kes di Perak dan 14 kes di Pulau Pinang yang melibatkan mangsa berusia di antara sembilan hingga 53 tahun.
Beliau berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 30 kes (42.9 peratus) disahkan positif Rotavirus dengan Perak mempunyai enam kes, 16 kes di Kedah dan Pulau Pinang mencatat lapan kes.
"Hanya 14 kes masih dirawat di hospital dan kesemua kes dilaporkan dalam keadaan stabil. Tiada sebarang kematian direkodkan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Dr Noor Hisham juga berkata keputusan baki klorin dari tujuh lokasi persampelan yang dibuat pada 28 Sept lepas mendapati hanya tiga lokasi sahaja yang mempunyai paras baki klorin mencukupi iaitu melebihi 0.5 ppm.
Menurutnya Piawaian baki klorin dalam air kolam renang awam yang ditetapkan mengikut Garis Panduan Kolam Renang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah 0.5 ppm hingga 1.5ppm.
Beliau berkata keputusan kehadiran rotavirus bagi sampel air yang diambil pada 29 dan 30 Sept lepas di tujuh lokasi persampelan di resort berkenaan mendapati kesemuanya negatif Rotavirus.
"Ini mungkin kerana tindakan pada 24 September lepas iaitu aktiviti pengklorinan air serta pencucian sebelum persampelan air oleh Kementerian Kesihatan dilakukan, boleh menyahkan Rotavirus," katanya.
Dr Noor Hisham menjelaskan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak masih meneruskan pemantauan aktiviti pencucian kolam seperti pembuangan air, pembersihan, pemancutan dan pembasuhan balik supaya ia dilakukan dengan sempurna.
"Kolam-kolam ini masih ditutup mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sehingga JKN Perak berpuas hati dengan tindakan pembersihan yang dijalankan dan tidak memudaratkan kesihatan awam," katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membawa anak-anak yang mempunyai gejala AGE ke kolam renang awam dan memastikan mereka tidak mandi dengan memakai lampin pakai buang.
Dr Noor Hisham berkata lampin pakai buang yang telah digunakan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah disediakan.
Beliau juga meminta mereka supayas membasuh tangan setiap kali selepas menggunakan tandas, menukar lampin dan sebelum makan.
AGE merupakan sejenis penyakit bawaan air yang sering dikaitkan dengan paip air tercemar dengan gejalanya termasuklah muntah, cirit-birit, demam dan kekejangan perut.
Bernama
Wed Oct 05 2016
NOOR HISHAM: Hanya 14 kes masih dirawat di hospital dan kesemua kes dilaporkan dalam keadaan stabil.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
70 kes Acute Gastroenteritis di Kedah, Perak dan Pulau Pinang sehingga 4 Oktober
Sebanyak 26 kes dilaporkan di Kedah, 30 kes di Perak dan 14 kes di Pulau Pinang yang melibatkan mangsa berusia di antara 9 hingga 53 tahun.