awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gangguan sistem penerbangan global jejas daftar masuk, naik pesawat di lapangan terbang Malaysia
Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor bermula Khamis ini
Khidmat polis bantuan tidak boleh disalah guna, dikomersialkan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

700 pelajar UniSZA sambut Aidilfitri di kampus

Sinar Harian
Sinar Harian
09/05/2021
23:38 MYT
700 pelajar UniSZA sambut Aidilfitri di kampus
Sebahagian daripada 2,000 pelajar UniSZA yang dihantar pulang ke kampung secara berperingkat bermula Sabtu hingga 11 Mei ini. -Foto Sinar Harian
KUALA NERUS: Seramai 700 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak pulang ke kampung halaman dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampus.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Profesor Dr Mohd Afandi Salleh berkata, kebanyakan pelajar mempunyai alasan tersendiri untuk tidak pulang ke kampung.
"Sebahagian pelajar tidak pulang melibatkan pelajar luar Semenanjung iaitu di Sabah dan Sarawak, manakala sebahagian yang lain mengambil keputusan untuk tidak bergerak merentas negeri.
"Selain itu pelajar-pelajar ini ada juga terlibat dengan peperiksaan sebelum dan selepas Aidilfitri serta ada antaranya yang terlibat dengan program universiti," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Bagaimanapun, katanya, pihak universiti tidak akan mengabaikan dan akan sentiasa menjaga kebajikan pelajar terbabit.
"Pihak universiti akan tetap meraikan pelajar yang tidak pulang ke kampung halaman mengikut normal baharu dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Kita tidak mahu mereka bersedih walaupun mereka tidak bersama keluarga masing-masing tetapi UniSZA juga adalah keluarga mereka sendiri.
"Kita juga akan meraikan sambutan Aidilfitri bersama mereka yang tidak pulang beraya di kampung halaman," katanya ketika ditemui pada sesi pergerakan pulang pelajar UniSZA pada Sabtu.
Sehubungan itu, katanya, pihak universiti berharap ibu bapa tidak perlu bimbang keadaan anak masing-masing di sini.
"Usah bimbang, UniSZA tetap akan melayan dan menjaga mereka seperti anak sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Afandi berkata, UniSZA telah menghantar pulang lebih 2,000 pelajar yang berada di Kampus Gong Badak, Besut dan Kampus Perubatan ke kampung halaman masing-masing.
Katanya, usaha itu dijalankan melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan menguruskan kepulangan pelajar mengikut SOP ditetapkan.
"Proses penghantaran pelajar dilakukan secara berperingkat bermula Sabtu hingga 11 Mei ini membabitkan empat zon.
"Selain menaiki bas yang disediakan oleh pihak UniSZA, pelajar juga pulang dengan menggunakan kenderaan sendiri, kapal terbang dan dijemput oleh keluarga masing-masing," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: 700 pelajar UniSZA sambut Aidilfitri di kampus
Topic Berkaitan
#UniSZA
#Aidilfitri
#pulang kampung
#mohd afandi salleh
#kampung halaman
#merentas negeri
#Kampus Perubatan
#HEPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan