KUALA LUMPUR: Ada dalam kalangan orang ramai yang hilang kad pengenalan membuat laporan polis palsu mendakwa mereka disamun atau diragut bagi mengelak didenda Jabatan Pendaftaran Negara.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed yang mendedahkan perkara itu berkata, sejak Januari lepas hingga kini pihaknya menerima 73 laporan palsu melibatkan individu berusia antara 20 dan 40 tahun.
"Hasil siasatan mendapati pengadu menggunakan helah atau alasan seperti disamun dan diragut dengan setakat ini 71 kes telah didakwa di mahkamah manakala dua kes masih dalam siasatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelupusan bahan kes Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Baharudin Mat Taib hari ini melibatkan 1,335 kertas siasatan perjudian, wang palsu, barangan elektronik dan kontraband.
Zainal Mohamed menasihatkan orang ramai supaya menjaga dokumen pengenalan diri dengan sebaiknya dan menegaskan selain denda, mereka yang didapati bersalah juga berdepan hukuman penjara.
Sementara itu, Baharudin berkata polis menumpaskan sindiket curi kenderaan susulan penahanan 10 individu berusia 35 hingga 62 tahun dalam Ops Lejang pada 17 Jun hingga Rabu lepas.
"Kesemuanya ditahan di beberapa lokasi di Perak, Pahang, Kedah dan Johor... dengan penahanan ini, kami berjaya menyelesaikan 23 kes curi kenderaan membabitkan lapan kes di Johor, Selangor (tujuh), Perak (empat), Kedah (tiga) dan satu kes di Pahang," katanya.
Sindiket yang bergerak aktif sejak dua bulan lepas itu menyasarkan kenderaan mewah di kawasa pangsapuri, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022
Pengadu membuat laporan polis dengan mendakwa mereka disamun atau diragut bagi mengelak daripada didenda Jabatan Pendaftaran Negara.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Ketua keselamatan kedai serbaneka didakwa buat laporan palsu
Seorang ketua keselamatan kedai serbaneka didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, Februari lepas.
Lima ditahan bantu siasatan kes laporan palsu, penjualan bayi
Siasatan mendapati laporan awal oleh suami isteri tersebut palsu, sebaliknya mereka telah mendapatkan bayi tersebut dari orang tengah.
Dakwaan diperas ugut, anak diculik adalah laporan palsu - Polis
Kes tular membabitkan seorang suri rumah yang mendakwa dirinya diperas ugut selain anak lelakinya diculik di rumahnya di Bandar Sri Sendayan dua hari lepas, adalah laporan palsu.
Bunuh: Remaja tikam jantung abang selepas bertengkar ditahan
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai membunuh abangnya dengan menikam pada bahagian jantung selepas bertengkar di rumah mereka di Taman Mahkota, Kulim pada Isnin.
Wanita ditahan buat laporan palsu elak didenda kerana hilangkan MyKad
Suspek ditahan reman empat hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.
Pemilik kedai aksesori kereta buat laporan palsu konon dipecah masuk
Lelaki berusia 39 tahun itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut pada 1.09 tengah hari Jumaat lepas.
Penafian Astro AWANI tentang laporan berkaitan bekas ADUN Batang Kali
Imej yang meletakkan gambar dan nama bekas ADUN Batang Kali itu dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Elak bayar hutang, pelajar kolej buat laporan palsu kononnya dirompak
Remaja berumur 19 tahun itu membuat laporan polis mendakwa dirinya dirompak tiga lelaki bersenjata di sekitar Petaling Jaya.
Pengadu kes Madrasah Darussolihin didakwa buat laporan polis palsu
Wanita berusia 45 tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.