awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

757 projek pembinaan JKR siap sepanjang tahun lepas

Bernama
Bernama
27/02/2024
11:00 MYT
757 projek pembinaan JKR siap sepanjang tahun lepas
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tengah) ketika sidang media selepas mengadakan Sesi Dialog Bersama Jurutera Daerah dan Jurutera Jajahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 757 daripada 2,118 projek pembinaan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) sepanjang tahun 2023 telah siap sepenuhnya.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata 772 lagi projek dalam proses pembinaan manakala 589 pula di peringkat prapembinaan.
Beliau berkata bagi kerja dan projek penyelenggaraan yang dilakukan JKR, daripada 9,349 kerja-kerja dijalankan 8,851 daripadanya telah siap, 473 dalam proses pembinaan manakala selebihnya dalam peringkat prapembinaan.
"Kita dengar macam-macam aduan, komen dalam media sosial yang mengatakan JKR tidak buat kerja. Tapi kalau mengikut statistik banyak kerja-kerja yang telah dijayakan JKR.
Malah projek-projek yang sempurna lebih banyak daripada projek sakit. Jadi kalau kata JKR tidak buat kerja itu tidak betul," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi dialog awam bersama jurutera daerah JKR di Kementerian Kerja Raya di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Sesi dialog dua hala yang julung kali diadakan itu selaras dengan aspirasi Program MYJalan yang mahu meningkatkan ketangkasan penyelesaian aduan dan kerja-kerja penyenggaraan jalan melalui pemerkasaan fungsi jurutera daerah dan jurutera jajahan.
Pada majlis itu, Nanta turut menyampaikan amanat akan pentingnya peranan jurutera daerah dan jurutera jajahan sebagai tenaga kerja dalam menjayakan agenda dan hala tuju kementerian sekali gus menyumbang kepada pembangunan dari kesejahteraan rakyat dan negara.
Seramai 86 pegawai yang terdiri daripada Jurutera Daerah JKR melibatkan 11 negeri hadir pada sesi dialog dengan kesemuanya telah mengambil ikrar Aku Janji Bebas Rasuah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek pembinaan JKR
#Jabatan Kerja Raya
#Alexander Nanta Linggi
#projek pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan