awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

77 keluarga terjejas ribut, 11 lokasi sekitar Ipoh dilanda banjir kilat - MB

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/11/2023
11:24 MYT
77 keluarga terjejas ribut, 11 lokasi sekitar Ipoh dilanda banjir kilat - MB
Saarani ditemui ketika menyampaikan bantuan kepada enam keluarga di Kampung Sri Kinta, di sini hari ini. - Foto Astro AWANI
IPOH: Hujan lebat berterusan beserta ribut yang berlaku di Taman Meru 2C, di sini, petang semalam telah menjejaskan sekurang-kurangnya 77 buah keluarga.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, hujan lebat lebih dua jam turut menyebabkan sekurang-kurangnya 11 kawasan sekitar Ipoh dilanda banjir kilat.
Ekoran daripada itu, katanya, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Serbaguna MBI Taman Meru dan Dewan Orang Ramai Kampung Sri Kinta.
“Susulan itu, satu mesyuarat melibatkan pelbagai agensi negeri dan Persekutuan telah diadakan pagi tadi untuk menyelaras bantuan dan kerja-kerja pasca bencana,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada enam keluarga di Kampung Sri Kinta, hari ini.
Menurutnya, antara tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti pembersihan kawasan terjejas akibat ribut atau banjir, mengedarkan borang bantuan bencana dan penyaluran bantuan wang ihsan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta pertubuhan bukan kerajaan.
“Tumpuan Kerajaan Negeri pada masa ini ialah untuk membaiki rumah yang rosak teruk seperti sebahagian besar bumbung rumah diterbangkan ribut.
“Pada masa ini, kerja-kerja penilaian sedang giat dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta,” ujarnya.
Beliau berkata, bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga terbabit, kerajaan negeri menyalurkan bantuan wang ihsan sebanyak RM300 seorang manakala usaha sedang dibuat bagi menyelaraskan bantuan-bantuan lain termasuk dari NADMA (RM1,000) dan Tabung Musa’adah Madani Jakim.
Menurutnya, beliau dimaklumkan Pejabat Parlimen Tambun dan Pejabat ADUN Hulu Kinta juga telah membuat langkah awal dengan menggantikan terus bumbung rumah yang kerosakannya pada tahap minima selain mengedarkan kanvas untuk menutup sementara bumbung yang rosak.
Katanya, banjir kilat yang berlaku adalah disebabkan oleh hujan lebat luar biasa dan sistem perparitan tidak mampu menampung air yang banyak.
Sehubungan itu, katanya, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang dan telah mengambil langkah untuk mengurangkan risiko banjir kilat.
“Dalam masa sama, saya menasihatkan orang rumah supaya turut membantu menyelenggara longkang di sekitar rumah mereka untuk mengelakkannya tersumbat,” kata Menteri Besar.
Topic Berkaitan
#ribut ipoh
#Saarani Mohamad
#banjir kilat
#hujan lebat
#Pusat Pemindahan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan