Seramai 78 individu telah ditahan pada Khamis atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

1.) daripada jumlah tersebut seramai 23 individu ditahan kerana tidak memakai pelitup muka, 18 individu kerana keluar rumah tanpa alasan menusabah di kawasan PKPD dan 12 individu ditahan kerana aktiviti dalam pub dan kelab malam.

2). Sebelas individu ditahan kerana gagal menyediakan peralatan merekod butiran diri, lapan individu ditahan kerana premis beroperasi tanpa kebenaran, tiga individu disebabkan penjarakan fizikal dan tiga lagi merupakan tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI).

3). Operasi Benteng pada Khamis telah menahan 42 PATI, 2 tekong dan 2 penyeludup. Turut berjaya dirampas 9 kenderaan darat dalam operasi yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi-agensi lain.

4). Sebanyak 91 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan pada Kahmis yang melibatkan PDRM (69 SJR), AKSEM (10 SJR), dan ATM (12 SJR)," katanya dalam kenyataan media hariannya pada Jumaat.

5). Sejak 24 Julai sehingga 24 September 2020, seramai 34,027 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 65 Hotel dan 9 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA). Daripada jumlah itu, seramai 7,593 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 103 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 26,331 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang.