awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

78 individu ingkar SOP ditahan, ini lima perkara penting kenyataan Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2021
11:21 MYT
78 individu ingkar SOP ditahan, ini lima perkara penting kenyataan Ismail Sabri
Ismail berkata, seramai 10 individu ditahan kerana tidak memakai pelitup muka di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 78 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKPB dan PKPP di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 74 dikompaun dan empat lagi direman.
Berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Sabtu;
1. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Lahad Datu, Sabah berkuatkuasa 11 April sehingga 24 April 2021.
2. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di sembilan Rumah Panjang Sungai Duan, Bahagian Mukah, Sarawak, bermula dari 11 April hingga 24 April 2021.
3. PKPD Politeknik Mukah, Bahagian Mukah, Sarawak, Kampung Menuang Baru, Limbang, Sarawak, Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah dan Kampung Bukit Belacon, Mukim Segama, Lahad Datu, Sabah.
4. Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Jagaan Rohaniah, Sekolah Integrasi Ikhwan, Kampung Gong Kulim, Mukim Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.
5. Operasi Benteng telah menangkap 49 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 13 buah kenderaan darat.
Topic Berkaitan
#SOP
#PKP
#PKPB
#PKPD
#Lahad Datu
#PKPP
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan