awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

79 tahun UMNO: Ahmad Zahid ajak ahli parti subur semangat juang, perbaharui tekad

Bernama
Bernama
10/05/2025
22:30 MYT
79 tahun UMNO: Ahmad Zahid ajak ahli parti subur semangat juang, perbaharui tekad
Ahmad Zahid berkata 79 tahun bukanlah usia yang kecil dan ia merupakan lambang kematangan dan kekuatan akar perjuangan. - Foto Facebook/Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua ahli terutama generasi muda untuk terus menyuburkan semangat juang dan bangkit bersama parti itu yang bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-79 hari ini.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata ahli parti haruslah memperbaharui tekad dan iltizam serta mempertahankan legasi dan warisan selain bersiap-siaga untuk memimpin Malaysia ke arah masa depan yang lebih progresif dan adil.
"UMNO telah melalui hampir lapan dekad perjuangan. Insya-Allah, dengan kesatuan dan keberanian kita akan terus membawa UMNO ke abad yang kedua sebagai parti yang membina, bukan membinasakan!" katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Ahmad Zahid berkata UMNO merupakan wadah perjuangan rakyat yang lahir daripada semangat kebangsaan, keikhlasan dan keberanian anak watan yang menolak penjajahan bagi menuntut kemerdekaan.
Malah sejak 1946, beliau berkata UMNO telah menjadi tiang seri kepada pembentukan negara bangsa Malaysia.
"Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran seperti perpecahan, persepsi, politik fitnah dan gelombang perubahan, UMNO tidak pernah lari daripada tanggungjawabnya.
"Bahkan hari ini, UMNO kembali menjadi tunjang kestabilan dalam Kerajaan Perpaduan, memperjuangkan agenda pembangunan yang inklusif dan sejahtera untuk seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Ahmad Zahid berkata 79 tahun bukanlah usia yang kecil dan ia merupakan lambang kematangan dan kekuatan akar perjuangan selain telah melahirkan generasi pemimpin, membangunkan institusi, menegakkan keadilan sosial dan memberi harapan kepada rakyat di kota mahupun di desa.
Beliau turut menzahirkan penghargaan dan ucapan Selamat Hari Ulang Tahun ke-79 UMNO kepada seluruh ahli parti di setiap peringkat yang sentiasa setia berjuang mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanah air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#Ahmad Zahid Hamidi
#semangat juang
#ulang tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami