awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

79,483 wanita terima manfaat program WCaRe

Bernama
Bernama
25/03/2024
05:00 MYT
79,483 wanita  terima manfaat program WCaRe
Noraini berkata sepanjang pelaksanaan WCaRe bermula 2019 hingga Dis 2023, seramai 6,021 wanita di Sabah telah mendapat manfaat menerusi semua program bantuan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 79,483 wanita di seluruh negara telah menerima manfaat menerusi Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) pada tahun lepas dengan 20,793 atau 21.2 peratus daripadanya merupakan penduduk luar bandar.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noraini Ahmad berkata daripada jumlah itu seramai 8,789 wanita merupakan penduduk Sabah dengan 46.5 peratus daripadanya adalah wanita luar bandar.
"WCaRe memayungi program saringan kanser servik dan program subsidi ujian mamogram yang bertujuan meningkatkan kesedaran golongan wanita mengenai kepentingan saringan kanser servik dan kanser payudara sekali gus meningkatkan jumlah wanita yang tampil untuk menjalani saringan ini," katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Negara bagi menjawab soalan Senator Datuk Noraini Idris berhubung keberkesanan kempen WCaRe dalam menyedarkan golongan wanita untuk menjalani ujian awal penyakit berkenaan, khususnya wanita luar bandar di Sabah.
Sementara itu, beliau berkata sepanjang pelaksanaan WCaRe bermula 2019 hingga Dis 2023, seramai 6,021 wanita di Sabah telah mendapat manfaat menerusi semua program bantuan yang telah dijalankan melalui pelbagai kolaborasi dengan agensi lain.
Noraini berkata ketika ini WCaRe dilaksanakan di 50 klinik Nur Sejahtera yang berdaftar dan 15 Pusat Keluarga Bergerak di seluruh negara, dengan 57,000 wanita seluruh negara disasar menerima manfaat menerusi kempen itu, tahun ini.
Beliau berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan terus berusaha meningkatkan bilangan penerima dalam kalangan penduduk luar bandar dengan memperbanyakkan program bantuan dan menyediakan insentif pengangkutan ke 50 panel pusat mamogram di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan wanita
#Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita
#noraini ahmad
#WCare
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan