awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 ditahan bantu siasatan 9 kes khianat bakar motosikal di Baling

Bernama
Bernama
12/01/2025
11:00 MYT
8 ditahan bantu siasatan 9 kes khianat bakar motosikal di Baling
Pemeriksaan mendapati seorang daripada yang ditahan terlibat dengan kes pecah rumah dan siasatan lanjut menemukan duit daripada tabung masjid. - Gambar hiasan
BALING: Polis menahan lapan lelaki bagi membantu siasatan berhubung sekurang-kurangnya sembilan insiden kebakaran motosikal di Kupang di sini, sejak bulan lepas hingga awal tahun ini.
Ketua Polis Daerah Baling Supt Azmi Mokhtar berkata hasil siasatan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mendapati terdapat unsur khianat dalam insiden terbabit.
"Semua kes kebakaran dilaporkan bermula dengan kebakaran motosikal iaitu sekitar 3.30 pagi, sebelum merebak ke rumah dan kereta.
"Hasil operasi susulan kejadian, sebanyak lapan lelaki berusia 25 hingga 35 tahun ditahan untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati seorang daripada yang ditahan terlibat dengan kes pecah rumah dan siasatan lanjut menemukan duit daripada tabung masjid.
Azmi berkata tujuh yang lain pula didapati terlibat dalam penyalahgunaan dan pengedaran dadah.
"Kertas siasatan membabitkan khianat akibat kebakaran telah dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan polis masih memburu suspek yang disyaki dalang kejadian terbabit.
"Polis menerima sembilan laporan berkaitan kejadian kebakaran bermula 24 Dis hingga 2 Jan lepas. Modus operandinya sama iaitu kebakaran bermula dari motosikal sebelum merebak ke kereta dan rumah mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bakar motosikal
#kejadian bersiri
#PDRM
#Baling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan