awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 sekeluarga terperangkap di chalet akibat banjir kilat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
26/10/2022
15:40 MYT
8 sekeluarga terperangkap di chalet akibat banjir kilat
Hujan lebat bermula jam 5.30 petang menyebabkan air naik menenggelamkan jalan di kawasan itu mengakibatkan mereka tidak dapat keluar. - Gambar hiasan
KUALA NERANG: Lapan sekeluarga terperangkap di sebuah chalet di Jalan Puncak Janing di sini, selepas kawasan itu dilanda banjir kilat jam kira-kira 7.45 malam tadi.
Mereka bagaimanapun berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba kira-kira jam 10 malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kesemua mereka dilaporkan selamat.
“Mereka terdiri daripada dua lelaki, dua wanita, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.
“Kesemuanya berjaya dibawa keluar dan dipindahkan ke tempat selamat di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Mohamadul Ehsan, mereka datang bercuti dan menginap di chalet itu.
Bagaimanapun hujan lebat bermula jam 5.30 petang menyebabkan air naik menenggelamkan jalan di kawasan itu mengakibatkan mereka tidak dapat keluar.
Katanya, seorang anggota keluarga itu bertindak menghubungi bomba untuk menyelamatkan mereka.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang terdiri daripada lapan anggota bersama seorang pegawai dihantar ke lokasi.
Topic Berkaitan
#banjir kedah
#Puncak Janing
#chalet
#terperangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan