ALOR GAJAH: Lapan lelaki termasuk tujuh pesilat cedera ringan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori di KM221 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata kejadian berlaku kira-kira 5.10 pagi ketika kesemua ahli Silat Olahraga Ledang Tangkak itu dalam perjalanan pulang dari pertandingan di Ara Damansara, Kuala Lumpur.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Exora berkenaan yang berada di lorong paling kiri telah melanggar belakang sebuah lori, namun lori itu tidak dapat dikenal pasti kerana telah meneruskan perjalanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ketika kejadian semua penumpang yang berusia 16 hingga 21 tahun itu sedang tidur.
Katanya kesemua mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah dan kemalangan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Arshad berkata seorang pemandu lori membawa muatan air batu dan dua penumpang bas cedera ringan dalam kemalangan di KM220 arah selatan di lebuh raya sama, kira-kira 2.45 pagi tadi.
Beliau berkata kemalangan itu berlaku di lorong paling kiri apabila bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura itu cuba mengelak lori terbabit yang dipercayai sedang bertukar lorong dari laluan kecemasan ke laluan kiri.
"Bas itu terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori yang menyebabkan lori itu terbalik ke dalam longkang tepi lebuh raya," katanya.
Menurut Arshad pemandu lori bersama dua penumpang bas dibawa ke Hospital Melaka manakala kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023
Kejadian berlaku kira-kira 5.10 pagi ketika kesemua ahli Silat Olahraga Ledang Tangkak itu dalam perjalanan pulang dari pertandingan di Ara Damansara, Kuala Lumpur. - Gambar/ PDRM
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Pemuda maut dalam perjalanan ke rumah tunang
Hasrat seorang pemuda berkunjung ke rumah tunangnya di Kampung Batu Balai, Jerantut untuk makan tengah hari tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di KM 9 Jalan Benta-Jerantut, hari ini.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Warga emas jatuh motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 73 tahun itu dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok
Polis berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.
Remaja maut rempuh kenderaan polis
Mangsa tercampak setinggi beberapa meter sebelum terjatuh apabila motosikalnya merempuh kenderaan polis.
Dua rakan maut pulang selepas cuti beraya
Motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan melanggar tembok simen pembahagi jalan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak.
Tragedi pagi Syawal: 3 maut, 3 parah dilanggar ketika ke masjid untuk solat Aidilfitri, pemandu positif ganja
Kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan.