awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

80 individu diambil tindakan kerana langgar SOP kuarantin wajib - Ismail Sabri

Fareez Azman
Fareez Azman
04/08/2020
06:47 MYT
80 individu diambil tindakan kerana langgar SOP kuarantin wajib - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan perkara itu dalam kenyataan harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Selasa. - Gambar Fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan kumulatif terhadap 80 individu kerana gagal mematuhi SOP kuarantin di rumah (home quarantine) yang ditetapkan.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kesemua individu terbabit dikenakan tindakan ketika pemeriksaan dan pemantauan dijalankan PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin.
"Semalam (3 Ogos 2020), PDRM telah melakukan 2,078 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing (home quarantine). PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi.
"PDRM telah mengambil tindakan kumulatif terhadap 80 individu kerana gagal mematuhi SOP home quarantine yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan media harian Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa.
Sementara itu, PDRM menahan 104 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP, daripada jumlah itu seramai 5 individu direman manakala 99 yang lain dikenakan kompaun.
"Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti yang tidak mengikuti SOP (46), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (53), premis beroperasi lebih masa (4) dan langar perintah kuarantin (1)," katanya.
Tambah Ismail, sebanyak 60,856 pemeriksaan telah dibuat Task Force Operasi Pematuhan melibatkan 2,685 Pasukan Pematuhan diketuai oleh PDRM pada Isnin.
Sebanyak 4,009 pasar raya, 5,670 restoran serta 1,696 penjaja, 1,196 kilang, 3,943 bank dan 921 pejabat kerajaan.
Turut dipantau, sebanyak 1,199 terminal pengangkutan darat, 212 terminal pengangkutan air serta 90 terminal pengangkutan udara.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#ingkar
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#KKM
#kuarantin wajib
#Media
#PDRM
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Polis Diraja Malaysia
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan