awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

80 individu ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2021
11:23 MYT
80 individu ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri
Polis Diraja Malaysia menahan 80 individu semalam kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan dengan 79 dikompaun manakala seorang lagi direman. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 80 individu semalam kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan 79 dikompaun manakala seorang direman.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan serta merekod butiran diri dan pelanggan membabitkan 26 orang, manakala tidak memakai pelitup muka seramai 17 individu.
Sementara itu, sembilan kes turut direkodkan atas kesalahan merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran serta tiada penjarakan fizikal dan lain-lain pula masing-masing empat dan satu kes, tambah Ismail Sabri.
Mengenai Operasi Benteng pula, Ismail Sabri berkata, seramai pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap semalam, manakala enam masing-masing kenderaan darat dan bot turut dirampas.
Dalam operasi itu, pihak berkuasa juga mengesan 48 buah bot atau kapal di perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan.
Seramai 12 orang PATI turut diusir melalui satu aktiviti pengusiran.
Topic Berkaitan
#PDRM
#PKP
#Ismail Sabri
#ingkar SOP
#Operasi Benteng
#rentas negeri
#ismail sabri yaakob
#SOP
#perintah kawalan pergerakan
#pelitup muka
#Polis Diraja Malaysia
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan