81 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa.

Berikut adalah lima tumpuan utama kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini:

1) 59 individu dikompaun manakala 22 lagi direman kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2) Task Force Pematuhan diketuai PDRM telah membuat 68,310 pemeriksaan SOP di seluruh negara.

3) 19 premis perniagaan dan empat tapak binaan diberi nasihat kerana tidak patuh SOP PKP.

4) 13 operasi sanitasi telah dijalankan pada Selasa meliputi tiga Zon Kuning dan enam Zon Hijau yang melibatkan lima buah negeri iaitu Melaka (4 operasi), Sarawak (3 operasi), Kedah (3 operasi), Sabah (2 operasi) dan Selangor (1 operasi).

5) 7,419 individu yang telah pulang dari luar negara sedang menjalani proses kuarantin wajib di 65 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di seluruh negara.