awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

81 syarikat produksi terima dana kandungan digital - Saifuddin

Bernama
Bernama
29/06/2021
10:28 MYT
81 syarikat produksi terima dana kandungan digital - Saifuddin
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan sentiasa membantu penggiat industri seni dan kreatif negara termasuk dari segi birokrasi dalam sebarang urusan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 81 syarikat produksi menerima Dana Kandungan Digital (DKD) membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM46.99 juta, antara lain untuk membantu penggiat industri seni dan kreatif negara yang terjejas oleh penularan pandemik COVID-19, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata penawaran DKD kali ini merangkumi empat kategori iaitu Dana Filem Cereka, Dana Dokumentari, Dana Pemasaran serta Dana Program TV/OTT kerjasama khas dengan Astro yang kesemuanya dijangka mewujudkan 3,175 peluang pekerjaan.
"Inisiatif DKD ini juga untuk membolehkan penggiat industri kreatif mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif di pasaran domestik dan global.
"DKD juga berupaya membangunkan kandungan kreatif yang berdaya saing sebagai sumber pendapatan negara dalam mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi, sekali gus meningkatkan penghasilan harta intelek kandungan kreatif Malaysia yang berdaya saing," katanya pada sesi pemakluman secara maya penerima surat tawaran DKD hari ini.
Saifuddin berkata inisiatif DKD itu dilaksanakan untuk memudahkan dan menggalakkan penggiat industri kreatif dalam penghasilan, penerbitan serta penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta tinggi serta mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif di pasaran domestik dan global.
DKD kali ini ialah lanjutan Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) yang dilancarkan pada 5 Feb lepas untuk membantu penggiat industri terjejas oleh pandemik COVID-19 bangkit semula meneruskan kelangsungan dan kelestarian industri kreatif negara, katanya.
Beliau berkata kementeriannya akan sentiasa membantu penggiat industri seni dan kreatif negara termasuk dari segi birokrasi dalam sebarang urusan.
Ditanya bagaimana DKD boleh memberi manfaat sedangkan aktiviti berkaitan termasuk penggambaran tidak dibenarkan susulan penguatkuasaan fasa satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), Saifuddin berkata: "Sekurang-kurangnya mereka boleh membuat perancangan dengan duit itu, bila boleh beroperasi tidak perlu lagi tunggu."
Beliau juga berharap aktiviti penggambaran akan dibenarkan apabila negara memasuki fasa dua Kawalan Pergerakan dalam PPN
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dana Kandungan Digital
#DKD
#pandemik
#COVID-19
#Saifuddin Abdullah
#Malaysia
#filem
#kandungan digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan