awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 80 ladang babi di Tanjong Sepat telah ditutup setakat ini - Exco
Sempadan Rafah di Gaza akan dibuka semula selepas dua tahun ditutup
JPJ Terengganu keluar 2,351 saman dalam Op Khas Motosikal sepanjang Januari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

85 peratus aduan bil TNB tinggi selesai

Astro Awani
Astro Awani
13/06/2019
11:32 MYT
85 peratus aduan bil TNB tinggi selesai
Amir Hamzah Azizan memaklumkan, hanya tinggal 3,500 kes daripada 18,600 aduan diterima setakat semalam (12 Jun) yang masih belum diselesaikan. - Gambar fail/BERNAMA
Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya menyelesaikan 85 peratus atau lebih 15,000 kes berhubung kenaikan bil elektrik membabitkan aduan penggunanya di seluruh negara.
Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya Amir Hamzah Azizan memaklumkan, hanya tinggal 3,500 kes daripada 18,600 aduan diterima setakat semalam (12 Jun) yang masih belum diselesaikan.
“Kita nampak kemajuan dari segi resolusi untuk tu, jadi sampai kita dah habis selesai (isu bil elektrik), semua orang kita masih fokus hendak rumuskan siasatan.
“Yang mudah kita dah selesaikan, lebih 15,000 dan yang selebihnya 3,500 tu kita nak buat siasatan yang lebih terperinci,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Katanya lagi, walaupun semua aduan telah hampir diatasi sepenuhnya, keutamaan TNB sekarang ialah untuk terus fokus kepada menyelesaikan siasatan secara terperinci.
Ketika ditanya berhubung penalti yang akan dikenakan oleh Suruhanjaya Tenaga, Amir Hamzah memberitahu pihaknya masih belum menerima sebarang notis daripada suruhanjaya itu.
Tambahnya, tumpuan utama TNB sekarang ialah menyelesaikan masalah pengguna telebih dahulu.
Kelmarin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata siasatan awal mendapati TNB melakukan kesalahan kerana tidak menepati prestasi perkhidmatan ditetapkan kementerian.
Topic Berkaitan
#Amir Hamzah Azizan
#kenaikan bil elektrik
#Ketua Pegawai Eksekutif TNB
#Tenaga Nasional Berhad
#TNB
#Yeo Bee Yin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan