awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

85 peratus graduan UiTM ditawar bekerja selepas 6 bulan tamat pengajian

Bernama
Bernama
10/12/2022
12:13 MYT
85 peratus graduan UiTM ditawar bekerja selepas 6 bulan tamat pengajian
Sekitar 85 peratus graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendapatkan tawaran pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, kata Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Janor. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Sekitar 85 peratus graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendapatkan tawaran pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, kata Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Janor.
Beliau berkata antara pengkhususan yang menyumbang kebolehpasaran yang tinggi itu melibatkan bidang pergigian, farmasi, pengurusan dan perakaunan serta sains komputer yang iaitu 90 peratus.
"Namun, hospitaliti merupakan antara bidang yang mencabar dari segi kebolehpasaran susulan keadaan pandemik COVID-19 kini.
"Tapi sekarang kita kini sudah laksanakan banyak inisiatif bagi meningkatkan kebolehpasaran antaranya mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dengan hotel dalam dan luar negara bagi membantu pelajar mendapat pendedahan apabila mereka bekerja kelak," katanya selepas sidang terakhir Istiadat Konvokesyen UiTM ke-95 bagi sesi Semenanjung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), hari ini.
Dalam perkembangan lain, Roziah berkata UiTM turut dianugerahkan dengan dua pengiktirafan iaitu 'Jumlah Skrol Terbanyak Dalam Istiadat Konvokesyen' dan 'Bilangan Skrol Tertinggi Yang Disampaikan Oleh Naib Canselor' sempena istiadat berkenaan.
Roziah berkata kedua-dua pengiktirafan itu diperakui oleh Malaysia Book of Record apabila 31,220 graduan menerima skrol masing-masing sempena istiadat konvokesyen berkenaan.
"Satu lagi pengiktirafan adalah berikutan seramai 15,322 graduan menerima skrol ijazah dan diploma mereka daripada Naib Canselor UiTM," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Universiti Teknologi MARA
#graduan UiTM
#tawaran pekerjaan
#Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Janor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan