awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

86 tadika, 45 taska dan 56 pusat penjagaan warga emas beroperasi tanpa lesen di P. Pinang

Bernama
Bernama
02/06/2022
06:11 MYT
86 tadika, 45 taska dan 56 pusat penjagaan warga emas beroperasi tanpa lesen di P. Pinang
Pelbagai langkah telah diambil untuk membolehkan pengusaha memperoleh lesen antaranya menjalankan advokasi dan memberi khidmat nasihat. - Gambar hiasan/Bernama
GEORGE TOWN: Sebanyak 86 buah tadika, 45 taska dan 56 pusat penjagaan warga emas didapati beroperasi tanpa lesen di Pulau Pinang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Chong Eng berkata, pelbagai langkah telah diambil untuk membolehkan pengusaha memperoleh lesen antaranya menjalankan advokasi dan memberi khidmat nasihat kepada mereka, serta mengadakan dialog bagi memberi penerangan berkaitan proses pendaftaran.
"Walaupun usaha ini dijalankan, masih ramai pengusaha yang tidak tampil untuk membolehkan mereka mendapat lesen," katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-14 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan A. Kumaresan (PKR-Batu Uban) mengenai jumlah taska, tadika dan pusat penjagaan warga emas yang berdaftar di negeri ini.
Menurut Chong sebanyak 123 buah taska, 461 buah tadika dan 28 pusat penjagaan warga emas di negeri ini mempunyai lesen yang sah.
Beliau berkata kerajaan negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang (JKMNPP) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) sentiasa melakukan pemantauan terhadap taska, tadika dan pusat penjagaan warga emas yang tidak berdaftar tersebut, bagi memastikan mereka mematuhi akta, peraturan dan syarat yang ditetapkan dalam pengoperasian.
"Notis peringatan turut dikeluarkan kepada pengusaha yang tidak berdaftar. Di samping itu, JKMNPP turut memastikan penilaian kendiri dibuat oleh pengendali pusat penjagaan warga emas melalui sistem MyKendiri," katanya.
Mengulas mengenai usaha kerajaan negeri dalam menambah baik perkhidmatan pusat jagaan, Chong berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM300,000 setahun bagi tempoh tiga tahun iaitu sehingga tahun depan bagi geran naik taraf taska dan pusat penjagaan kanak-kanak.
"Bagi suku tahun pertama tahun ini, kerajaan negeri telah meluluskan permohonan geran daripada 11 buah taska dan pusat penjagaan kanak-kanak dengan jumlah keseluruhan RM194,138.98.
"Geran ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan pengusaha dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tadika
#taska
#pusat jagaan warga emas
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan