Seramai 87 GRO warga asing termasuk seorang pondan ditahan dalam dua operasi pasukan khas STAGG Bukit Aman di sekitar ibu negara pada awal pagi Ahad.

Serbuan di premis hiburan di Jalan Klang Lama mendapati lesen pusat hiburan terbabit sudah tamat tempoh sejak sebulan lalu.

Risikan dan soal siasat mendapati pelanggan boleh membawa pulang GRO yang disediakan untuk khidmat seks dengan bayaran tertentu.


Selain penahanan GRO dan pekerja asing, 30 pelanggan turut diperiksa tetapi kemudiannya dibebaskan berikutan tiada rekod jenayah.

Serbuan kedua pula dilakukan di sebuah premis di pusat perniagaan Cheras.

Premis terbabit juga didapati menawarkan khidmat sama kepada pelanggan dengan menyediakan kalungan bunga untuk diberikan kepada GRO warga asing yang disediakan.

Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Peraturan Imigresen 1963 dan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan.