Bagi Hellma EmilyJoinin,12, perjalanan selama 9 jam dari rumah ke sekolah bukan halangan untuk terus menimba ilmu.

Anak kedua daripada empat adik-beradik ini mencatat rekod sejarah sekolah SK Magandai Kota Marudu, Sabah dengan mencapai keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) buat pertama kalinya sejak sekolah itu ditubuhkan.

“Saya bersama-sama kawan saya akan sentiasa mengulang kaji pelajaran di sekolah ketika kami mempunyai masa lapang,” katanya kepada Astro Awani di KLFA Academy Football Centre semalam.

Hellma Emily Joinin yang mesra dikenali sebagai Emily juga cemerlang dalam bidang sukan.

Emily yang memilih saluran 550 National Geographic Wild sebagai saluran kegemaran sebelum ini pernah menyertai Program latihan 1MCC- Astro Kem BOLA pada tahun 2013 dan terpilih untuk menjalani latihan intensif di Kelab Bola Sepak Cardiff City, Cardiff, United Kingdom yang diadakan pada Mac lalu.

Bagi ibu bapa Emily, tiada ungkapan yang dapat menggambarkan perasaan mereka apabila keputusan cemerlang Emily diumumkan.

“Kami sangat gembira apabila mendengar keputusan Emily. Isteri saya sampai terlompat-lompat apabila mendapat tahu mengenai perkara ini,” kata bapa Emily, Joinin Jabil, 40 yang juga merupakan cikgu Bahasa Malaysia tahun 6 di SK Magandai.

Bagi ibu Emily pula, Helly Noorwhety Jodiv, 35 beliau sangat bersyukur dengan keputusan itu.

“Dia memang dari kecil, memang bagus. Kami ada gerakan hati dia akan dapat. Dia sangat berkeyakinan. Saya susah hati kalau dia tidak dapat 5A, sebab dia begitu yakin,” kata Helly yang juga merupakan guru di SK Maganda.

Bagi ibu bapa Emily, mereka sanggup berkorban masa dan tenaga untuk ke SK Magandai yang jauh dari rumah demi mendidik murid mereka.

“Kami menaiki motor bersama penduduk-penduduk kampung yang lain untuk ke sekolah yang terletak kira-kira 100km daripada rumah kami, Kampung Tondig Tandik, Kota Marudu.

“Jika cuaca tidak begitu baik atau hujan, kami terpaksa berjalan kaki. Perjalanan yang selalunya kira-kira 9 jam kadang kala akan menjadi satu hari kerana kami terpaksa bermalam di dalam hutan ketika dalam perjalanan ke sekolah," tambah Joinin.

SK MAGANDAI
Penduduk yang perlu ke SK Magandai terpaksa menggunakan rakit untuk merentas sungai - Facebook SK Magandai Kota Marudu

SK Magandai Kota Marudu

Sebilangan pelajar berehat sebelum meneruskan perjalanan mereka ke sekolah - FacebookSK Magandai Kota Marudu
SK Magandai Kota Marudu
Antara guru yang berehat ketika dalam perjalanan ke sekolah - FacebookSK Magandai Kota Marudu

FacebookSK Magandai Kota Marudu
Antara jalan yang perlu dilalui sebelum sampai ke sekolah - FacebookSK Magandai Kota Marudu

Joinin berkata perjalanan ke sekolah itu selalunya pada hari Ahad dan kebanyakan guru-guru dan pelajar terpaksa bermalam selama dua hingga tiga minggu di sekolah kerana jarak rumah yang begitu jauh dari sekolah.

Ibu bapa Emily tiba di Kuala Lumpur kelmarin untuk memberi kejutan dengan Emily yang kini menjadi mentor untuk program Program latihan 1MCC- Astro Kem BOLA 2014.