KUALA LUMPUR: Sembilan lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di ibu negara ditamatkan berkuat kuasa esok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan PPR Sri Semarak, PPR Batu Muda, Kampung Padang Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa2), Flat Sri Sabah, PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas.

PKPD di sembilan lokaliti di Kuala Lumpur itu dilaksanakan sejak 3 Julai lalu.

Bagaimanapun, melalui kenyataan media dikeluarkan, status PKPD di Selangor masih belum diumumkan. 

Sementara itu, tempoh penamatan sama turut diumumkan di enam lokaliti di Sabah dan dua mukim di Kuantan. 

Di Sabah, lokaliti PKPD ditamatkan melibatkan Kampung Mangga Nasip Kita, Kampung Kijang, Balung, Kampung Lingkodon, Kota Belud, Kampung Pintas Kubu, Beaufort, Kampung Muhibbah, Putatan, DAN Kampung Goshen, Kota Marudu,

 Manakala di Pahang, PKPD ditamatkan adalah Mukim Kuantan 1 dan Kuantan 2.