MALAYSIA
9 remaja direman pukul pelajar Tingkatan 2, cemburu jadi punca

Antara pelajar yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pukul melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun pada Mei lalu.
KEMAMAN: Sembilan pelajar sekolah menengah direman selama tiga hari bermula Isnin bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang berlaku pada akhir Mei lalu.
Ringkasan AI
- Sembilan pelajar lelaki berusia 15 hingga 18 tahun direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar Tingkatan Dua berusia 14 tahun di Kemaman.
- Kejadian berlaku pada 27 dan 28 Mei lalu, dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang masih menyimpan gambar bekas teman wanita suspek.
- Mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk kepala dan belakang; kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
“Mangsa mendakwa dia telah dipukul oleh beberapa pelajar lain dalam dua kejadian berasingan yang berlaku pada 27 dan 28 Mei lalu.
“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang suspek terhadap mangsa kerana masih menyimpan gambar bekas teman wanita suspek, yang kini dipercayai menjadi kekasihnya,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurut Mohd Razi, mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Dua dipukul oleh suspek bersama beberapa rakannya hingga menyebabkan kecederaan pada beberapa bahagian badan termasuk kepala dan belakang.
“Kes masih dalam tindakan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden tersebut,” katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami