awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

90 peratus netizen setuju PKP wajar dilanjutkan sehingga Malaysia bebas COVID-19

Hilal Azmi
Hilal Azmi
23/04/2020
09:04 MYT
90 peratus netizen setuju PKP wajar dilanjutkan sehingga Malaysia bebas COVID-19
Jawapan mengenai status Perintah Kawalan Pergerakan akan diumumkan oleh kerajaan dalam waktu terdekat. - Gambar hiasan
"Lanjut atau tidak?" - Itu antara persoalan yang cukup popular dalam perbualan harian rakyat Malaysia ketika ini.
Ada yang optimis, bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan tamat pada 28 April ini dan rakyat boleh kembali kepada kehidupan seperti sebelum ini.
Sehubungan itu, Astro AWANI membuat kaji selidik secara dalam talian untuk mendapatkan suara rakyat Malaysia berhubung pelaksanaan PKP bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19.
Hampir 200,000 netizen menyertai kaji selidik kali ini.
Daripada jumlah penyertaan itu, 90 peratus daripada keseluruhan 194,141 netizen melalui platform Twitter, Facebook dan juga Telegram Astro AWANI bersetuju agar tempoh PKP dilanjutkan sehingga Malaysia benar-benar bebas COVID-19.
Di platform Twitter, 86 peratus mengatakan 'Ya' tempoh PKP wajar dilanjutkan sehingga Malaysia benar-benar bebas COVID-19.
Wajarkah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga Malaysia benar-benar bebas #COVID19 ?#SihatkanMalaysia #HapusCOVID19
— Astro AWANI (@501Awani) April 22, 2020
Bagi Razif Ahmad, beliau tidak setuju dengan pelanjutan tempoh PKP kerana ramai yang terkesan dari segi pekerjaan sejak PKP ini dilaksanakan.
Yang setuju ni semua warga kerja kerajaan. Yela xperlu risau dgn gaji. Cukup bulan gaji masuk. Xperlu risau kena unpaid leave, xperlu risau kena buang kerja. Ah semua lah yg berkaitan. Padahal geng2 kerajaan ni lah yg suka dk melepak time kerja
— Razif Ahmad (@razif229) April 22, 2020
Namun, pemilik akaun comelme6, dia menganggap usaha ini perlu dibuat sehabis baik seiring dengan kerja keras yang telah ditunjukkan pekerja di barisan hadapan.
Wajar lanjut. Klau open to green or yellow zone pun org akan lupa semua SOP ke apa ke. Mmg xkan disiplin kan diri. Kesian dkt frontliner. Siapa2 yg nak kerja tu & berani sgt dgn virus ni sila la ganti frontliner plak. Ada bran ke x
— blessme (@comelme6) April 22, 2020
Dalam perkembangan berkaitan, di platform Facebook Astro AWANI, 90 peratus daripada 182,000 yang menyertai kaji selidik ini setuju untuk tempoh PKP dilaksanakan.
Namun, perbincangan di Facebook Astro AWANI nyata hangat dengan pelbagai perspektif yang diutarakan netizen.
Antaranya, Nur Jakfar yang mahukan rakyat Malaysia untuk lebih bertanggungjawab dengan gaya hidup mereka.
"PKP wajar ditamatkan segera, kerana kita bukanlah negara yang kaya," katanya.
Ini antara reaksi di ruangan komen Facebook Astro AWANI
Ini antara reaksi di ruangan komen Facebook Astro AWANI
Bagi Aqeyla Ameyra pula, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
"Kita sedang memilih antara hidup dan mati.
"Baik kita teruskan daripada berhenti di pertengahan jalan," katanya menerusi ruangan komen.
Biarpun begitu, di platform Telegram Astro AWANI, 93 peratus setuju agar PKP dilanjutkan manakala 17 peratus mengatakan tidak.
93 peratus responden di Telegram Astro AWANI setuju dengan pelanjutan tempoh PKP
93 peratus responden di Telegram Astro AWANI setuju dengan pelanjutan tempoh PKP
Topic Berkaitan
#COVID19
#Facebook Astro AWANi
#Kaji Selidik AWANI
#perintah kawalan pergerakan
#PKP dilanjutkan
#Telegram Astro AWANI
#Wajarkah PKP Dilanjutkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan